Resepi Daging Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

0 views

Resepi Daging Masak Kicap - Jika perayaan hari raya qurban telah hampir tiba, mungkin dalam fikiran anda nak cuba memasak daging lembu atau kambing. Tetapi sering kali kita pusing tentang resepi apa yang paling sesuai di masak pada saat hari raya? Sudah banyak resepi daging yang terdapat dalam majalah dan internet, dan salah satu yang terbaik adalah resepi daging masak kicap.

resepi daging masak kicap

Daging yang di masak dengan kicap ini mempunyai rasa yang lazat dan menyelerakan. Daging masak kicap akan mempunyai rasa yang lebih sedap jika di makan dengan nasi putih, keropok dan topping bawang goreng di atasnya. Pasti menjamu selera masakan hari raya anda dengan resepi ini menjadi lebih menyeronokkan dan berkesan. Anda yang nak membuatnya, sila cuba resepi daging masak kicap di bawah.

Resepi Daging Masak Kicap

Bahan-bahan:

Baca juga :  Resepi Rendang Daging Paling Sedap dan Mudah
  • 400 gm daging
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1/3 cawan air
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 biji cili hijau - di belah 4
  • 1 biji cili merah - di belah 4
  • 3 biji bawang merah - di tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - di tumbuk
  • 2 sudu besar cili kering - di kisar
  • 1 labu bawang besar - di hiris gelang
  • 1 inci halia - di tumbuk
  • 1 sudu kecil jintan manis - di tumbuk
  • 1/2 sudu kecil jintan putih - di tumbuk
  • 1 batang halia - di ketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis

Cara buat daging masak kicap:

  1. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih, serai, kulit kayu manis, bunga
  2. lawang dan bunga cengkih dengan api sederhana. Kacau hingga naik bau dan garing.
  3. Masukkan daging dan kacau hingga rata sebentar.
  4. Masukkan kicap dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan sedikit air, biarkan daging mesra dengan air kicap.
  6. Masukkan asam gelugur, garam dan gula secukup rasa.
  7. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Kacau hingga layu.
  8. Padamkan api dan angkat. Daging masak kicap siap di hidangkan.
Baca juga :  Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Paling Sedap

Sekianlah resepi daging masak kicap paling sedap dan mudah yang boleh saya kongsikan pada hari ini. Jika anda merasa daging belum empuk, pada masa selepas masukkan asam gelugur, tambah sedikit air kosong. Jika nak cuba resepi daging lain, anda boleh cuba baca resepi daging rendang. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • daging masak kicap
  • daging masak kicap mudah
  • kical daging
  • resepi daging masak kicap

Tags: #daging masak kicap #resepi daging #resepi daging masak kicap