Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap – Hari memang tidak ada merancang langsung buat menu ikan kerisi. Kebetulan saya ada beli ikan kerisi di pasar. Dalam kepala terfikir nak masak masakan apa dengan ikan ini. Apabila tidak tahu nak masak apa, saya boleh cari buku masakan yang ada di rumah. Ada pelbagai versi boleh masak tauchu, masak pedas, atau masak cili padi. Tiba-tiba teringin masak guna kicap manis. Ikan kerisi masak kicap memang mempunyai rasa yang samada dengan daging dan ayam kicap. Sebelumnya anda juga boleh baca resepi ikan tenggiri paling sedap dan mudah.

resepi ikan kerisi masak kicap

Yang paling seronok dalam menyediakan resepi masak kicap ini kerana bahan yang digunakan sangat mudah dan cepat. Bila tidak cukup masa di dapur, hidangan ini boleh anda hidangkan untuk keluarga. Anak-anak mesti suka dengan masakan kicap daripada masakan kuah. Memang sedap menikmati isi ikan kerisi ni kerana rasanya manis. Biasanya saya membeli ikan kerisi kecil-kecil sahaja, tetapi untuk buat resepi ni saya beli ikan yang besar. Jom kita intai cara memasaknya.

Sila baca juga :  Resepi Ikan Bakar Berempah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan kerisi
  • 2 ulas bawang merah – di hiris
  • 2 ulas bawang putih – di hiris
  • 1/2 biji bawang besar – di mayang
  • 1 biji cili merah
  • 1/2 inci halia – di hiris
  • 1 batang kayu manis
  • kicap manis
  • sos ikan
  • gula dan cuka secukup rasa

Cara buat ikan kerisi masak kicap:

  1. Ikan kerisi di lumur garam dan kunyit. Goreng hingga masak.
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan kulit kayu manis hingga wangi.
  3. Masukkan kicap, cuka, gula dan sedikit air.
  4. Masukkan bawang besar dan cili merah.
  5. Tuang sos kicap ke atas ikan yang telah digoreng tadi.
Sila baca juga :  Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas Paling Sedap

Resepi ikan kerisi masak kicap paling sedap dan mudah sudah boleh disediakan kepada keluarga. Memang resepi ini mudah dan ringkas. Ia juga lebih sedap di makan dengan nasi panas. Anda boleh memasukkan daun sup juga sebelum menuangkan sos di atas ikan. Walaupun ringkas namun resepi ini sangat sedap dan sudah mendapat pujian dari suami dan anak-anak saya. Pada entri myresepi selanjutnya, akan saya kongsikan juga cara masak ikan kerisi sos tiram. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Ikan Kerisi Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5