Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Siakap – Ikan siakap memang paling sedap apalagi versi goreng yang boleh membuat anda nambah-nambah makan. Saya dan keluarga memang suka makan ikan siakap, apalagi kalau dihidangkan terus. Tidak bosan-bosan makannya. Hari minggu yang lalu sempat beli ikan siakap saiz sederhana di kedai ikan dekat rumah. Seekor ikan harganya RM6.00, tetapi tidak apa kerana ikannya fresh.

resepi ikan siakap

Sepulangnya dari tempat kerja, saya singgah di Carrefour untuk beli bahan-bahan sampingan seperti nenas, sos ikan, sos cili thai, dan cili benggala. Bahan ini akan menambah perisa resepi ikan siakap tiga rasa. Pasti anda nak tahu bagaimana cara membuat ikan siakap tiga rasa ini? Atau nak cuba resepi ikan lain, boleh baca resepi ikan kembung asam pedas. Jom kita tengok resepi yang sangat sedap ni.

Sila baca juga :  Resepi Ikan Bakar Berempah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan siakap
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 biji cili merah
  • 4-5 biji cili padi
  • 3 cm halia muda
  • 2 helai daun limau purut
  • 1/2 kuntu bunga kantan
  • 100 ml air
  • 2 sudu besar minyak
  • garam secukup rasa

Bahan sos ikan siakap:

  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 1 sudu kecil kicap manis

Cara masak ikan siakap:

  1. Lumur ikan siakap dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing.
  2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili merah selama 1 minit.
  3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak.
  4. Masukkan bahan sos yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau hingga rata dan tunggu hingga mendidih.
  5. Masukkan bahan daun limau purut, bunga kantan, dan cili padi.
  6. Masukkan air dan garam secukupnya. Masak hingga kuah pekat sedikit.
  7. Tuangkan ke atas ikan yang telah di goreng.
Sila baca juga :  Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi ikan siakap 3 rasa paling sedap dan mudah sudah sedia dihidangkan. Anda boleh menghidangkan bersama nasi putih panas. Anda juga boleh menaburkan daun sop dan bawang putih di atas ikan siakap. Resepi yang myresepi kongsikan di atas boleh untuk 3-4 orang. Semoga berjaya mencubanya sendiri di rumah.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi ikan tiga rasa mudah
  • resepi ikan siakap mudah
Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5