Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas Paling Sedap

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas – Ikan tenggiri adalah salah satu ikan yang mempunyai daging yang tebal dan duri yang tidak banyak. Ikan tenggiri mempunyai rasa yang gurih sehingga membuat ikan ini ramai di proses menjadi pelbagai masakan, salah satunya ikan tenggiri kicap manis.

resepi ikan tenggiri masak kicap

Resepi ikan tenggiri masak kicap pedas ini mempunyai rasa yang sedap dan lazat. Ia sangat cocok dihidangkan untuk anak anda. Ikan tenggiri mudah kita jumpai di pasar tani dan harganya tidak terlalu mahal sehingga boleh menjadi pilihan utama untuk masakan sedap dan mudah. Terdapat dua jenis ikan tenggiri yang biasa dijual di pasar. Pertama adalah tenggiri batang yang saiz besar dan banyak isi, dan yang kedua ikan tenggiri bunga yang saiznya lebih kecil dan terdapat sedikit corak. Teksturnya hampir sama, jadi tidak ada masalah kalau nak masak guna ikan tenggiri apa sahaja. Pada entri sebelumnya saya saya sudah bahas resepi ikan siakap, jom sekarang kita intai resepi ikan tenggiri masak kicap.

Sila baca juga :  Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tenggiri
  • 1 biji bawang besar – di potong bulat
  • 5 biji bawang merah – di kisar halus
  • 3 biji bawang putih – di kisar halus
  • 1 biji cili merah – di hiris serong
  • 1 biji cili hijau – di hiris serong
  • 9 biji tomato ceri
  • 1 batang kayu manis
  • 1 batang leek – di kerat pendek dan di rendam
  • 1 inci halia – di kisar halus
  • 1 camca teh kicap pekat
  • 1/4 camca kicap lemak manis
  • 1/4 camca cuka makan
  • 1 camca teh lada hitam biji – di kisar halus
  • 1 camca besar ketumbar biji – di kisar halus
  • 1 cawan air
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap dan Mudah

Cara buat ikan tenggiri masak kicap pedas:

  1. Potong ikan tenggiri menjadi beberapa bahagian. Cuci dan toskan.
  2. Lumur ikan dengan serbuk kunyit dan garam.
  3. Goreng ikan tenggiri hingga masak. Angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan minyak dalam kuali lain.
  5. Tumis bunga lawang dan kayu manis hingga naik bau.
  6. Masukkan bawang merah, bawang putih, halia, lada hitam, dan ketumbar. Tumis hingga terbit minyak.
  7. Masukkan air, kicap pekat, dan kicap lemak. Kacau hingga rata.
  8. Masukkan ikan tenggiri yang sudah digoreng dan bawang besar. Kacau rata hingga masak pekat.
  9. Masukkan cili merah, cili hijau, cuka dan tomato ceri. Gaul hingga rata.

Resepi ikan tenggiri masak kicap pedas paling sedap sudah myresepi sediakan untuk dihidangkan kepada anak anda. Anda boleh menghidangkannya bersama nasi panas. Anda juga boleh menaburkan daun sop dan bawang putih di atas ikan tenggiri.

loading...
Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Pedas Paling Sedap | myresepi | 4.5