Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap – Ikan tongkol boleh menjadi bahan paling best untuk di masak kicap pedas. Tempoh hari masa ke pasar, saya beli ikan tongkol yang memang menjadi kegemaran suami saya. Ada dua jenis tongkol di pasar, iaitu tongkol hitam dan putih. Tongkol hitam memiliki corak belang, kalau tongkol putih bintik-bintik je. Beza tongkol putih dan hitam selain daripada corak badannya, isinya juga tak sama. Tongkol hitam lebih keras dan isinya lebih gelap.Saya lebih suka membeli ikan tongkol putih kerana lebih lembut dan isinya putih.

resepi ikan tongkol masak kicap

Selain di goreng sahaja, ikan tongkol memang sedap di masak dengan kicap, tetapi harus ada rasa pedas-pedas. Resepi ikan tongkol masak kicap pedas ini menggunakan seekor ikan tongkol kurang lebih 500 gram. Walaupun masak kicap, cara memasaknya sedikit berlainan. Bahan-bahan yang digunakan juga samada seperti masak kicap biasa (Boleh baca resepi ikan kerisi masak kicap). Anda boleh mengganti dengan ikan tenggiri atau kembung jika tak suka makan ikan tongkol.

Sila baca juga :  Resepi Ikan Bakar Berempah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ikan tongkol saiz sederhana
  • 8 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar – di hiris
  • 3 biji cili hijau – di hiris
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 inci halia
  • garam dan gula secukup rasa
  • kicap manis
  • sos tomato
  • sos tiram
  • sedikit cuka

Cara buat ikan tongkol masak kicap:

  1. Lumurkan ikan tongkol dengan garam dan kunyit. Goreng hingga garing.
  2. Kisar bawang putih, bawang merah, bawang besar, dan halia. TUmis hingga wangi.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga masak dan garing.
  4. Masukkan air, kicap, sos tomato, sos tiram dan cuka ke dalam kuali. Masak hingga pecah minyak.
  5. Masukkan bawang dan cili hiris. Sesuaikan rasa.
  6. Masukkan garam jika belum masin dan sedikit gula. Tutup api.
  7. Masukkan ikan tongkol yang telah di goreng. Gaul hingga rata.
Sila baca juga :  Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Paling Sedap dan Mudah

Resepi ikan tongkol masak kicap pedas paling sedap dan mudah sudah siap untuk disediakan kepada keluarga anda. Lebih sedap jika dilawankan dengan nasi panas. Anda boleh ganti resepi ini dengan ikan aji-aji yang tentu lebih sedap kerana isinya lebih lembut dan kuah kicap boleh meresap masuk ke dalam isinya. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Ikan Tongkol Masak Kicap Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5