Resepi Nasi Kerabu Paling Sedap dan Simple

Resepi Nasi Kerabu memang sedap sehingga boleh menambah selera makan. Saya boleh makan nambah-nambah jika ada yang masak nasi ni. Nasi kerabu adalah salah satu makanan khas Malaysia. Warna nasi ini berwarna biru semakin menambah kecantikannya. Di beberapa daerah, nasi kerabu tidak hanya berwarna biru, tetapi ada yang kuning atau hitam. Nasi kerabu memang susah buatnya sehingga ramai orang lebih suka membeli daripada membuatnya sendiri.

resepi nasi kerabu

Bagi anda yang nak membuatnya, saya akan kongsikan resepi nasi kerabu Kelantan yang boleh anda cuba sendiri di rumah. Sebelum nak tahu cara masak nasi kerabu, kena pastikan semua bahan tersedia. Warna biru diperoleh dari warna bunga telang yang di rendam. Namun masa ini bunga telang sukar di dapatkan, oleh itu ramai orang yang menggunakan pewarna biru pada nasi. Bahan utama dalam membuat nasi kerabu adalah nasi, sambal tumis, sambal ikan, sambal cili, dan ulam-ulaman.

Resepi Nasi Kerabu

Bahan kuah sambal tumis

  • 10 cili kering – di kisar
  • 200 gm santan pekat
  • 3 batang serai – di ketuk
  • 2 keping asam keping
  • 3 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 biji bawang besar – di kisar
  • 1/2 labu bawang putih – di kisar
  • 1/2 inci halia
  • 2 sudu kecil garam bukit halus
  • 2 sudu besar budu
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 1 1/2 cawan air
  • minyak masak

Cara masak kuah sambal tumis

  1. Tumis cili, bawang merah, bawang besar dan bawang putih hingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan santan. Kacau selalu supaya santan tidak berketul.
  3. Masukkan serai dan asam keping hingga air mendidih.
  4. Masukkan budu dan gula.
  5. Masukkan garam secukup rasa. Kacau hingga pecah minyak.
  6. Tutup api.

Cara buat nasi kerabu

  1. Masukkan 5 1/2 pot beras, 2 helai daun pandan, pewarna biru (boleh guna 7 kuntum bunga telang), dan air secukupnya ke dalam rice cooker.
  2. Masak seperti biasa.

Bahan sambal ikan

  • 1 biji kelapa parut
  • 7 ekor ikan sardin – di rebus, di ambil isinya dan tumbuk
  • 5 batang serai
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 2 1/2 sudu kecil garam

Cara buat sambal ikan

  1. Goreng kelapa parut dengan api perlahan supaya tidak keperangan. Tumbuk kasar.
  2. Masukkan serai, bawang merah, garam dan gula secukup rasa. Tumbuk hingga hancur.
  3. Masukkan ikan sardin dan kelapa goreng yang telah di tumbuk. Gaul hingga rata.

Bahan sambal cili

  • 1/2 kg cili – di basuh
  • limau nipis/cuka
  • asam jawa
  • belacan
  • gula dan garam secukup rasa

Cara buat sambal cili

  1. Cili, limau nipis, asam jawa, belacan, gula dan garam di kisar. Boleh gunakan mixer.
  2. Kalau nak rasa lebih sedap, tumbuk je semua bahan.

Bahan ulam-ulaman

  • Kubis
  • Timun
  • Kacang panjang
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

Cara buat ulam-ulaman

  1. Hiris halus kubis, timun, kacang panjang, daun kesum, dan bunga kantan. Gaul semua bahan.
  2. Ulam-ulaman sedia untuk dihidangkan.

Anda yang sudah cuba resepi nasi kerabu paling sedap dan simple ni boleh tambahkan keropok goreng, telur masin, dan bawang putih jeruk untuk di atas nasi. Walaupun penyediaannya agak rumit, tapi bila sudah terhidang di atas meja rasa seronok.

loading...
Resepi Nasi Kerabu Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5