Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis – Kebanyakan masyarakat melayu menghidangkan sambal tumis dengan nasi lemak. Namun masih ramai orang yang tidak boleh menghasilkan sambal tumis yang sedap. Sebenarnya tidak susah membuat sambal tumis ikan bilis yang sedap, cuma sahaja kita mesti betul-betul memasaknya. Terdapat tiga perkara yang mesti anda utamakan jika memasak sambal ni, iaitu cili kisar yang mesti betul-betul garing, bawang besar yang mesti banyak, dan gula yang mesti lebih. Untuk bahan lain seperti biasa sahaja. Sambal tumis ikan bilis boleh tahan 4-5 hari tanpa perlu di panaskan. Tetapi anda mesti masak sambal tumis lama-lama. Anda boleh memasukkan separuhnya ke dalam bekas kedap udara untuk disimpan sehingga boleh lebih lama.

resepi sambal tumis ikan bilis

Ada pelbahai versi resepi sambal tumis ikan bilis. Ada yang memasukkan semua bahan ke dalam kuali dan tidak di goreng, ada yang tidak memasukkan ikan bilis ke dalam sambal tumis selepas cili garing, ada ikan goreng di goreng separuh masak sebelum dimasukkan sambal, boleh juga di buat ikan bilis goreng garing di masukan ke dalam sambal hingga terbit minyak. Cuma saya sudah jarang masak sambal tumis ikan bilis kerana kurang suka makannya. Pada entri sebelumnya saya telah kongsi resepi sambal belacan, untuk sekarang saya kongsikan sahaja resepi sambal tumis ikan bilis. Saya telah menggabungkan semua cara berdasarkan pengalaman sehingga mendapatkan resepi yang paling sedap dan mudah dibuat.

Sila baca juga :  Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis

Bahan-bahan:

  • 1 mangkuk ikan bilis – di goreng layu
  • 20 tangkai cili kering – di buang biji, rebus dan kisar
  • 1 biji bawang besar – di hiris
  • 1 keping asam jawa
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • gula Melaka (opsyenal)

Bahan kisar:

  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang merah
  • secubit ikan bilis mentah
  • sedikit belacan bakar (opsyenal)
  • 1 biji buah keras (opsyenal)

Cara masak sambal tumis ikan bilis:

  1. Tumis bawang besar, bawang merah, ikan bilis mentah, belacan dan buah keras sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api sederhana hingga cili betul-betul masak. Tunggu hingga terbit minyak.
  3. Masukkan sedikit gula dan garam untuk menggaringkan sambal.
  4. Masukkan sedikit air supaya cili tidak hangit.
  5. Masukkan asam keping, bawang besar hiris, gula, gula Melaka dan garam secukup rasa.
  6. Masukkan ikan bilis dan biarkan merenih lama hingga sambal agak pekat dan terbit minyak.
Sila baca juga :  Resepi Ikan Bakar Berempah Paling Sedap dan Mudah

Resepi sambal tumis ikan bilis sudah sedia untuk dihidangkan. Sambal ini lebih sedap jika tidak guna bawang putih. Oleh itu myresepi tidak meletakkan bawang putih. Anda boleh menambah buah keras untuk menambah lemak. Ikan bilis tidak mesti digoreng terlebih dahulu, terutama ikan bilis berkualiti tinggi.

loading...
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5