Resepi Tart Nenas Gulung Paling Sedap dan Gebu

Resepi Tart Nenas Gulung – Jika masa hari raya dah tiba, ada satu biskut yang tak boleh kehilangan iaitu tart nenas. Biskut raya ni memang sangat popular di masyarakat Malaysia. Rasanya sangat gebu dan sedap membuat kita selalu berbaloi untuk mencuba makannya. Kali ini saya nak kongsikan cara membuat tart nenas gulung sukatan cawan yang paling sedap dan gebu yang kami sediakan untuk hari raya baru-baru ni. Resepi ni saya pelajari dari kawan saya yang memang setiap tahun menyediakan biskut tart nenas.

resepi tart nenas gulung

Resepi tart nenas memang sudah banyak yang kongsi jika menyambut hari raya. Banyak majalah kuih dan blog masakan yang sudah share resepi ni. Saya tengok biskut tart nenas memang laris dicari-cari. Saya sendiri suka memakan biskut ni daripada biskut raya lain. Buat tart nenas untuk hari raya ni tak boleh awal-awal sebab habis makan sendiri je. Yang saya kongsikan ini resepi yang mudah dan sangat gebu. Rugi tak mencubanya.

Sila baca juga :  Resepi Cheese Tart Blueberry Buncit dan Montok

Resepi Tart Nenas Gulung

Bahan buat tart:

  • 125 gm butter
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar tepung kastart
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bahan buat jem:

  • 2 biji nenas – di parut dan toskan air
  • 600 gm gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning

Bahan buat hiasan tart:

  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • setitik pewarna kuning

Cara buat jem nenas:

  1. Masak nenas yang telah di parut bersama gula. Masak hingga hampir kering.
  2. Masukkan pewarna kuning dan kyu manis. Masak dengan api sederhana hingga agak kering.

Cara buat hiasan tart nenas:

  1. Kacau kuning telur, air dan pewarna kuning hingga sebati.
  2. Sapukan di atas tart gulung nanti

Cara buat tart nenas:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga putih dan berkrim.
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau hingga sebati.
  3. Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.
  4. Masukkan ketiga tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan hingga menjadi doh lembut. Rehatkan seketika.
  5. Masukkan doh ke dalam acuan tart.
  6. Tekan dan gulung bersama jem nenas yang digentel kecil membujur.
  7. Susun tart nenas gulung di atas loyang yang di lapik dengan baking paper. Atau boleh disapukan loyang dengan mentega.
  8. Sapukan tart nenas gulung dengan bahan hiasan.
  9. Bakar biskut menggunakan oven dengan suhu 175 darjah selama 20-25 minit.
  10. Angkat dan sejukkan.
Sila baca juga :  Resepi Biskut Makmur Inti Kacang Paling Sedap dan Mudah

Resepi tart nenas gulung sukatan cawan paling sedap dan gebu sudah sedia dihidangkan kepada keluarga anda. Jika anda rasa doh masih agak keras, uli doh bersama soft butter sedikit demi sedikit hingga doh menjadi senang untuk diterap. Last, simpan tart nenas gulung ke dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba resepi dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Tart Nenas Gulung Paling Sedap dan Gebu | myresepi | 4.5