Resepi Ayam BBQ Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam BBQ ni saya jamin sedap dan buat anda menjilat jari. Anda pasti di puji rakan dan keluarga apabila dah masak masakan ayam ni. Sebelum saya kongsi disini, saya memang dapat sponsor buat majlis barbeque di rumah famili. Mereka memang sangat suka buat majlis makan-makan. Mereka tahu saya boleh buat ayam BBQ sedap, oleh itu saya yang di minta untuk membuatnya.

resepi ayam bbq

Ayam BBQ menjadi satu makanan kegemaran ramai orang. Membuat resepi ni pun mudah dan senang disediakan kerana tidak sukar pun bahannya. Resepi ayam BBQ ini menggunakan madu dan gula sebagai bahan tambahannya. Jom kita tengok cara buat ayam BBQ paling sedap dan menyenangkan.

Resepi Ayam BBQ

Bahan-bahan:

  • 2 kg ayam – di basuh
  • 1 biji bawang holland
  • 5 biji bawang putih
  • 2 batang serai besar
  • 1 inc halia
  • 4 sudu besar gula
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil kunyit serbuk
  • 1 sudu kecik serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • madu secukupnya
  • garam secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Chicken Chop Black Pepper Sauce Paling Sedap

Cara masak ayam BBQ madu:

  1. Potong-potong ayam mengikut kesukaan. Boleh potong 4, potong 16 atau potong 32. Bila potongannya besar-besar, cucuk ayam dengan garfu supaya perapan lebih cepat menyerap dan ayam lebih cepat masak.
  2. Masukkan bawang holland, bawang putih, halia, serbuk cili, serbuk kunyit, serai besar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk ketumbar, gula dan garam ke dalam blender. Blend hingga lumat.
  3. Masukkan bahan blend tadi ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam selama 12-36 jam dalam peti ais (bukan freezer).
  5. Bila dah, kerluarkan ayam dan bakar di atas dapur arang atau dapur kayu untuk mendapatkan rasa Barbeque.
  6. Gris ayam dengan serai dan minyak yang dicampur madu dan gula semasa proses pembakaran ayam dilakukan.
Sila baca juga :  Resepi Ayam Percik Kelantan Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam BBQ madu paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Dalam buat bahan blend, jangan letak terlalu banyak air dan pastikan letak 3 cubit garam ke dalam bahan kisar supaya rasa ayam tak lari. Jangan juga bakar menggunakan api tapi guna bara sahaja. Boleh campakkan black pepper supaya lebih sedap. Bila nak tambah menu ayam lain, sila cuba resepi ayam percik Kelantan. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Ayam BBQ Madu Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5