Resepi Ayam Masak Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Masak Madu – Hari ini saya nak cuba buat ayam masak madu yang digandingkan dengan nasi hujan panas. Apa korang rajin memasak di rumah? Anda semestinya minat memasak untuk keluarga kerana sebagai wanita dan isteri yang baik perlu memasak. Ayam masak madu ini sangat sedap dan mudah buatnya. Sesuai untuk anda yang tak punya banyak masa di dapur.

resepi ayam masak madu

Resepi ayam masak madu ni paling sedap bila anda tabur bawang goreng dan daun sup di atasnya. Masakan ini juga ramai orang yang suka, apalagi anak-anak. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah kerana buatnya pun mudah.n Anda hanya mesti mempersiapkan semua bahan yang digunakan. Pada sebelumnya saya telah kongsi resepi ayam goreng KFC, sekarang cuba buat masakan ayam lain yang akan saya kongsi sesuai untuk anda yang baru-baru belajar memasak. Jom kita tengok cara membuat ayam masak madu.

Sila baca juga :  Resepi Ayam Masak Merah Paling Sedap dan Simple

Resepi Ayam Masak Madu

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 3 ulas bawang putih – di kisar
  • 5 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 labu bawang besar – di potong bulat
  • 1 inc halia
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 3 sudu besar madu
  • 1 biji tomato – di belah 4
  • kulit kayu manis
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

Cara buat ayam masak madu:

  1. Perasakan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
  2. Tumis bawang putih, bawang besar, dan bawang merah hingga naik bau.
  3. Masukkan kulit kayu manis hingga nampak garing.
  4. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan madu. Kacau sedikit hingga rata.
  5. Masukkan ayam dan biarkan ayam masak sepenuhnya.
  6. Perasakan ayam dengan garam secukup rasa.
  7. Masukkan tomato dan bawang besar hingga semua ayam empuk.
Sila baca juga :  Resepi Ayam Masak Bali Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam masak madu paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Simple dan senang je kan resepi ni? Nasihat buat anda yang baru nak masak janganlah mudah berputus asa. Teruslah cuba dan cuba lagi. Mula-mula memang tak minat tapi lama-lama pasti akan jadi biasa dan senang je memasak. Apalagi untuk anak-anak dan suami di rumah. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Ayam Masak Madu Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5