Resepi Ayam Percik Kelantan Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam percik Kelantan memang beza daripada negeri lain. Kuahnya berwarna putih, rasanya lazat dan menyelerakan membuat ia sangat unik. Masakan ayam ini adalah makanan yang mempunyai reputasi sendiri. Ia menjadi hidangan paling tinggi drajatnya dalam semua hidangan makanan di Kelantan bila mengikut budaya. Ayam percik Kelantan hanya di hidangkan kepada mereka yang mempunyai kedudukan tertinggi di masyarakat, seperti tok guru, imam dan sultan.

resepi ayam percik kelantan

Di zaman sekarang, semua pihak dah boleh membuat makanan sendiri, termasuk ayam percik. Ayam percik Kelantan dihidangkan dengan kuah putih yang sesuai untuk anak-anak kerana rasanya tidak pedas. Resepi ayam percik Kelantan yang akan saya kongsi ni sangat senang je buatnya. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas. Jom kita tengok cara buat ayam percik Kelantan paling sedap dan mudah. Saya main campak-campak je, dah tidak kira sukatan dalam resepi, yang penting bawang merah mesti banyak dan kuah mesti ada rasa manis sikit.

Sila baca juga :  Resepi Sup Ayam Paling Sedap dan Mudah

Resepi Ayam Percik Kelantan

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – di potong 4 bahagian
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • garam secukup rasa

Bahan kuah:

  • 2 pek santan pekat
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 3 tangkai cili kering
  • 1 inc halia
  • 1/4 keping asam keping
  • garam dan gula secukup rasa

Cara buat ayam percik Kelantan:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih, dan halia untuk bahan perap hingga halus.
  2. Campakkan garam dan perap ayam selama lebih kurang 30 minit.
  3. Bakar ayam hingga separuh masak (boleh kukus dahulu supaya cepat)
  4. Kisar bawang merah, serai, cili kering, dan halia pada bahan kuah.
  5. Masak di atas kuali dengan api sederhana sambil dikacau terus. Masak hinga kuah pekat
  6. Letakkan sekejap asam keping. Lepas tu keluarkan takut masam terlebih.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Padamkan api dan angkat.
  8. Bila ayam dah garing, lumur ayam dengan bahan kuah tadi hingga rata. Bakar semula seketika.
  9. Terbalikkan ayam dan lumur lagi dengan bahan kuah berulang-ulang di kedua-dua belah.
  10. Bakar semula hingga ayam masak. Angkat dan ketepikan.
Sila baca juga :  Resepi Ayam Masak Kurma Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam percik Kelantan paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada anak dan keluarga anda. Anda boleh makan ayam dengan nasi putih, nasi kerabu atau pulut kuning. Kalau nak buat ayam percik Kelantan original, anda mesti bakar menggunakan perangan yang diperbuat dari buluh di belah dua yang tidak sampai putus. Tapi kalau nak buat majlis kenduri yang mesti menyediakan lauk lebih banyak, boleh bakar ayam dalam pemanggang ajaib tanpa perlu di kukus. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Ayam Percik Kelantan Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5