Resepi Bebola Ayam Cheese Paling Sedap dan Mudah

Resepi Bebola Ayam Cheese – Memang sudah lama teringin buat bebola ayam sendiri di rumah. Sebenar makanan ni menjadi hidangan promosi KFC yang bila di belah dalamnya memang tampak mengujakan. Jika di beli sendiri kat pasar pasti ia tak mahal harganya. Jika anda nak buat bebola ayam sihat, boleh buat sendiri di rumah. Bebola ayam sesuai untuk bekal anak sekolah atau boleh dimakan pada masa musim hujan.

resepi bebola ayam cheese

Resepi bebola ayam cheese pasti menjadi kesukaan anak anda. Rasanya yang sedap senantiasa membuat suasana gembira. Bebola ayam sangat mudah disajikan sehingga sesuai untuk hidangan berbuka puasa dan sahur juga. Bebola ayam cheese ni boleh anda simpan dalam peti ais sebelum di goreng.

Resepi Bebola Ayam Cheese

Resepi Bebola Ayam I

Bahan-bahan:

  • 1 potong dada ayam – di cincang / di blend
  • 1 biji lobang merah – di cincang
  • 1 biji bawang merah – di cincang
  • 1 ulas bawang putih – di cincang
  • cheese cheedar – di potong dadu
  • serbuk roti
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 sudu lada hitam
  • garam secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Nasi Ayam Penyet Paling Sedap dan Mudah

Cara buat bebola ayam cheese:

  1. Campurkan ayam, lobak merah, daun bawang, sos tiram, garam dan lada hitam. Gaul hingga sebati.
  2. Bulatkan adunan dengan saiz sesuai selera rasa.
  3. Letakkan cheese di dalam adunan.
  4. Oleskan bebola yang sudah jadi ke dalam serbuk roti
  5. Masukkan bebola ke dalam peti ais.
  6. Goreng bila rasa nak makan.

Resepi Bebola Ayam II

Bahan-bahan:

  • 300 gm kentang – di kukus dan di lecek
  • 1 biji kuning telur
  • 2 putih telur – di kacau
  • 3 sudu makan susu tepung
  • 1/4 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu butter tanpa garam
  • garam secukup rasa
  • kiub keju secukupnya
  • serbuk roti

Cara buat bebola ayam cheese:

Sila baca juga :  Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap
  1. Masukkan kentang, kuning telur, susu tepung, serbuk lada sulah, butter, dan garam. Gaul hingga tak melekat pada tangan.
  2. Ambil sedikit adunan dan lemperkan.
  3. Letakkan kuib keju ke dalam lemperan adunan bebola. Buat macam bola, saiz sesuai selera.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng bebola dengan api sederhana hingga masak.
  5. Angkat dan ketepikan.

Resepi bebola ayam cheese paling sedap dan mudah sudah siap anda sediakan kepada keluarga. Bila nak goreng tenggelam bebola, anda pastikan minyak betul-betul banyak dan panas, baru masukkan bebola. Boleh sajikan bersama sos kegemaran anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya membuatnya.

loading...
Resepi Bebola Ayam Cheese Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5