Resepi Bubur Nasi (Ayam) Paling Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Nasi Ayam – Bubur adalah menu sarapan yang menjadi kegemaran ramai orang. Anak-anak biasanya makan bubur sebelum pergi ke sekolah. Anak lebih suka makan bubur pada masa sarapan kerana ia tak terlalu kenyang makannya. Ia juga lebih praktis dan cepat habis makannya, apalagi bila sudah nak pergi. Jika pada entri sebelumnya saya dah kongsi resepi bubur lambuk, hari ni saya nak cuba kongsi resepi bubur nasi yang menggunakan potongan ayam ala McD kerana penyediaannya mudah sehingga tak perlu masa lama di dapur.

resepi bubur nasi

Jika tak nak repot ke kedai lagi untuk beli bubur, anda mesti cuba belajar buat resepi bubur nasi (ayam) ni. Bubur ayam buatan sendiri memang lebih sihat dan garenti menggunakan bahan-bahan terbaik. Saya suka bubur ni kerana rasanya serupa dengan di McD. Bila tak boleh masak sarapan di rumah, saya suka order bubur nasi di McD kerana kat rumah. Makanan ni memang punya feedback positif dari penggemar bubur ayam.

Sila baca juga :  Resepi Bubur Jagung Paling Sedap dan Mudah

Resepi Bubur Nasi (Ayam)

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan beras – di basuh bersih
  • isi daging ayam – di potong kecil-kecil
  • 1 inci halia – di hiris halus
  • 1 biji lada merah
  • serbuk pati ayam secukup rasa
  • ikan bilis goreng
  • bawang goreng
  • sedikit daun bawang dan sup – di hiris
  • sedikit minyak bijan (opsyenal)
  • air secukupnya

Cara buat bubur nasi (ayam):

  1. Rebus ayam dengan air kosong. Air rebusan mesti banyak kerana untuk nasi juga.
  2. Asingkan ayam dan air rebusan. Masak nasi dengan air rebusan ayam tadi.
  3. Asingkan sedikit air rebusan dan tambah dengan garam secukup rasa takut nasi kembang dan kering.
  4. Kacau dan masukkan air rebusan sedikit-sedikit pada masa memasak nasi hingga nasi kembang dan lembik.
  5. Masukkan halia, serbuk pati, garam, dan hirisan ayam ke dalam bubur.
  6. Letakkan hirisan bawang goreng, lada merah, ikan bilis, daun bawang, daun sup dan beberapa titik minyak bijan.
Sila baca juga :  Resepi Bubur Lambuk Paling Sedap dan Mudah

Resepi bubur nasi (ayam) sudah siap disediakan kepada keluarga anda. Lebih sedap boleh tambahkan kacang goreng, kerupuk dan telur rebus. Jika nak buat bubur untuk bayi, anda cukup masak bubur dengan nasi je tanpa bahan lain. Kalau nak tambah bahan, anda boleh gunakan labu manis, kacang pis atau tauhu. Selamat mencuba resepi ni dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Bubur Nasi (Ayam) Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5