Resepi Char Kuey Teow Berkuah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Char Kuey Teow – Hari ini saya nak cuba masak char kuey teow berkuah. Sebenarnya resepi ni adalah menu makan malam jika bersama keluarga. Tapi kerana malas nak masak nasi tengahari ni jadi cuba masak ni je. Dulu-dulu memang tak boleh tak kena nasi, sekarang kerana hubby on diet jadi saya kurang makan nasi.

resepi char kuey teow berkuah

Resepi char kuey teow merupakan kongsi kiriman daripada Cik Azriey Amriey yang memang ramai sukakan masakan ni. Memang selepas cuba masak, keluarga mesti suka dan nambah-nambah. Sedap betul dan buatnya pun tak susah. Nak cuba masak mee lain, anda boleh tengok resepi mee bandung muar. Jom kita tengok cara masak char kuey teow.

Resepi Char Kuey Teow Berkuah

Bahan-bahan:

  • 600 gm koey teow
  • 10 ekor udang saiz sederhana besar
  • 1 cawan kerang – di rebus dan kopek
  • segenggam tauge
  • segenggam daun kuchai
  • 2 biji telur
Sila baca juga :  Resepi Mee Kari Ayam Paling Sedap dan Mudah

Bahan kicap:

  • 10 ekor udang – di buang kulit dan di rebus
  • 5 ulas bawang merah – di kisar
  • 4 ulas bawang putih – di kisar
  • 5 tangkai cili kering – di kisar
  • 8 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar cuka
  • garam, MSG dan gula secukup rasa

Bahan tumis:

  • 3 ulas bawang merah – di kisar
  • 2 ulas bawang putih – di kisar
  • minyak masak untuk menumis

Cara masak char kuey teow:

  1. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili kering, udang, kicap, sos tomato, sos cili, cuka, sos tiram, garam, MSG dan gula ke dalam satu panci bersama air rebusan udang hingga lumat.
  2. Masak bahan-bahan kicap tadi menggunakan api kecil hingga masak. Jangan terlalu pekat. Boleh tambah air bila pekat.
  3. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  4. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau sedikit dan biarkan.
  5. Jika udang telah kemerahan, masukkan bahan kicap yang telah di kisar dan di masak tadi.
  6. Masukkan koey teow dan kacau dengan cepat. Biarkan sebentar sahaja.
  7. Masukkan telur dan kacau hingga rata.
  8. Masukkan kerang, taugeh dan kuchai. Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
  9. Padamkan api dan angkat koey teow.
Sila baca juga :  Resepi Mee Bandung Muar Paling Sedap dan Mudah

Resepi char kuey teow berkuah sudah siap disediakan kepada anak dan keluarga anda. Lebih sedap jika dimakan semasa panas-panas. Kicap char kuey teow jangan terlalu banyak digunakan untuk satu resepi kerana ia boleh diguna banyak kali. Ikut citarasa je. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi char kuey teow berkuah
Resepi Char Kuey Teow Berkuah Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5