Resepi Cheese Cake Meleleh Paling Sedap dan Mudah

Resepi Cheese Cake – Cuti panjang nanti saya nak cuba buat kek cheese meleleh yang sedap dan mudah buatnya. Memang masa menikmati secawan teh panas di sore hari tak lengkap bila tak ada kek. Kek cheese boleh menjadi pilihan utama untuk menu sore hari. Ramai yang membuat resepi kek cheese sesuai dengan selera, namun kek cheese tetap menjadi pilihan favourite anak-anak saya.

resepi cheese cake

Resepi cheese cake memang sebenarnya mudah membuatnya jika anda tahu memilih bahan yang berkualiti. Selain bahan, cara membuat kek cheese juga mesti diperhatikan dengan baik-baik. Tak sedikit orang yang gagal membuat cheese cake kerana tidak memperhatikan cara pembuatannya dalam resepi dengan benar. Bagi anda yang nak cuba membuat resepi kek cheese meleleh yang sedap dan mudah, boleh tengok yang akan saya kongsikan ini.

Resepi Cheese Cake

Bahan cheese cake:

  • 100 gm tepung hongkong / tepung gandum
  • 60 gm tepung jagung
  • 100 gm gula kastor
  • 75 gm mentega cair
  • 4 biji telur
  • 1 sudu besar ovelette
  • 1 sudu kecil baiking powder
  • 1 sudu kecil vanila
Sila baca juga :  Resepi Brownies Kedut Paling Sedap dan Mudah

Cara membuat cheese cake:

  1. Ayak terlebih dahulu tepung hongkong, tepung jagung dan baiking powder.
  2. Masukkan telur, ovelette, gula kastor, air dan vanila. Pukul hingga gebu dan kembang.
  3. Bila dah kembang, masukkan tepung yang telah di ayak.
  4. Kacau tepung dengan menggunakan spatula hingga sebati. Jangan lama sangat.
  5. Kacau adunan tadi dengan mixer sebentar je.
  6. Masukkan mentega cair. Kacau hingga sebati.
  7. Masukkan adunan ke dalam acuan yang telah di sapu minyak dan telah di lapik kertas kek.
  8. Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 150 darjah selama 45 minit hingga kek masak.
  9. Angkat dan sejukkan.

Bahan cream cheese cake:

  • 250 gm cream cheese
  • 250 gm cheddar cheese
  • 120 gm susu pekat manis
  • 50 ml UHT whipping cream
Sila baca juga :  Resepi Kek Batik Coklat Milo Topping Cheese Lembut dan Sedap

Cara buat cream cheese cake:

  1. Campurkan cream cheese, susu pekat manis dan UHT whipping cream hingga sebati.
  2. Bahagikan cheese cake yang telah di bakar menjadi 2 keping.
  3. Tuang cream cheese di atas kepingan pertama.
  4. Lapiskan dengan kepingan kedua di atasnya.
  5. Tuangkan semua baki cream cheese tadi di atas kek.
  6. Parutkan cheddar cheese di atas kek.

Resepi Cheese Cake Meleleh paling sedap dan mudah dah siap disediakan kepada keluarga anda. Anda boleh bakar kek dengan suhu 150 darjah selama 30 minit terlebih dahulu, kemudian dengan suhu 170 darjah selama 20 minit. Anda yang tak suka keju, boleh cuba buat resepi kek pisang kukus. Selamat mencuba.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • cara buat kek cheese leleh mudah
Resepi Cheese Cake Meleleh Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5