Resepi Gulai Ayam Paling Sedap dan Mudah

Resepi Gulai Ayam – Anak-anak memang lebih sukakan masakan ayam yang sedikit pedas, tidak terlalu menyengat pedasnya. Ayam menjadi suber protien yang baik untuk tumbesaran anak-anak. Tapi suami lebih suka masakan ikan dan daging daripada ayam. Oleh itu, setiap memasak saya buat 2 masakan dari bahan ayam dan ikan. Kalau tak nak buat 2 masakan, saya buat je gulai ayam kerana suami pun tetap suka.

resepi gulai ayam

Resepi gulai ayam ni saya goreng terlebih dahulu, nanti tak ada yang nak makan. Rasa ayam gulai yang di goreng terlebih dahulu memang lebih sedap dan dagingnya lebih kenyal berbanding ayam yang di masak tanpa di goreng. Sebagai isteri kita mesti pandai-pandai menyediakan hidangan yang mengikut selera dan citarasa keluarga. Keluarga senang, kita yang masak pun mesti lebih senang. Sebelumnya saya telah kongsi resepi ayam masak madu, sekarang saya cuba resepi gulai ayam paling sedap. Cara membuat gulai ayam pun mudah sehingga sangat sesuai untuk anda yang tidak punya banyak masa memasak di dapur.

Sila baca juga :  Resepi Ayam Lemon Paling Sedap dan Mudah

Resepi Gulai Ayam

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam – di potong 12 bahagian, di cuci bersih dan toskan
  • 500 gm ubi kentang – di belah 4
  • 1 kiub ayam
  • 4 tangkai cili merah
  • 250 ml pati santan – di perah
  • 750 ml air
  • garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:

  • 8 ulas bawang merah – di kisar halus
  • 4 ulas bawang putih – di kisar halus
  • 2 batang serai – di hiris
  • 2 1/2 inc halia
  • 1 1/2 inc kunyit hidup
  • 2 sudu besar pes cili kering (10-15 cili kering)

Cara buat ayam gulai:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih, batang serai, halia, kunyit hidup dan pes cili kering di atas api sederhana. Masak hingga naik bau.
  2. Masukkan kepingan ayam dan balik-balikkan. Renih selama 5 minit.
  3. Masukkan pati santan, kiub ayam dan air. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan ubi kentang. Masak hingga ayam dan ubi empuk.
  5. Masukkan cili merah, garam dan gula secukup rasa. Renihkan hingga kuah sedikit pekat.
  6. Padamkan api dan ketepikan.
Sila baca juga :  Resepi Ayam Percik Kelantan Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam gulai paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Resepi ini di ambil daripada koleksi masakan Chef Ismail dalam buku masakan beliau. Banyak resepi warisan yang ada dalam buku ini. Terbaik lah. Semuanya sedap-sedap dan garenti tidak mengecewakan selera anda. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Gulai Ayam Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5