Resepi Kek Pelangi Kukus Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kek Pelangi Kukus – Pada sebelumnya saya telah kongsi pelbagai kek, permulaan minggu ni saya akan mencuba buat kek pelangi belang. Pernah makan kek belang? Atau kek pelangi? Tak kisah kalau bukan berwarna seperti pelangi. Saya buat kek ni untuk meriangkan hati kerana selepas bekerja. Warna-warni kek membuat hati turut sama berlagu riang. Anak pun turu membantu membancuh warna.

resepi kek pelangi kukus

Resepi kek pelangi kukus ni memang sedap dan lembut teksturnya. Kek pelangi lebih sedap di makan selepas sehari kerana butter akan mula serasi dengan keseluruhan kek. Cara buat kek pelangi kukus juga mudah je. Kalau rasa malas dengan kukus, boleh di bakar dengan oven seperti resepi kek span coklat. Bila di bakar, kek akan naik rata cantik.

Sila baca juga :  Resepi Kek Lumut Kukus Paling Sedap dan Lembut

Resepi Kek Pelangi Kukus

Bahan-bahan:

  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1/4 cawan serikaya
  • 1/4 cawan susu pekat
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 2-3 sudu besar susu segar
  • sedikit pewarna sesuai selera rasa

Cara buat kek pelangi kukus:

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telur satu-satu dan pukul hingga sebati.
  3. Masukkan susu pekat, serikaya, dan vanila. Kacau hingga rata.
  4. Bubuhkan tepung gandum dan serbuk penail. Campur hingga sebati.
  5. Bahagikan adunan menjadi 7 bahagian. Letakkan pewarna berbeza ke dalam setiap adunan.
  6. Masukkan koko pada satu adunan.
  7. Sudukan selang seli adunan ke dalam mangkuk aluminium yang dah di lengser dengan marjerin dan dah di alas dengan kertas kalis minyak.
  8. Akhir sekali, tutup adunan dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam hingga masak.
Sila baca juga :  Resepi Pancake Paling Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi kek pelangi kukus paling sedap dan mudah dah siap disediakan kepada anak dan keluarga anda. Ramai orang yang mengatakan bahawa kek ni sangat lembut dan gebu. Sesuai untuk bekalan anda ke tempat pelancongan. Bila nak cuba buat, resepi ini agak remeh kerana mesti menggunakan banyak bekas. Bila bonda menggunakan mixer, jangan berhenti semasa mengadun. Bila menggunakan tangan, anda mesti pukul lama sedikit sebab adunan mesti rata dan kembang.

loading...
Resepi Kek Pelangi Kukus Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5