Resepi Kek Pisang Kukus Lembut, Mudah dan Sedap

Resepi Kek Pisang Kukus – Hari ni tak tahu kenapa saya teringin cuba buat kek pisang, tapi bukan nak makannya. Saya tengok di facebook ramai yang share gambar kek ditayangkan menjadikan saya nak cuba. Sesiapa yang ada pisang lebih-lebih di rumah boleh lah buat kek pisang kukus ni. Memang sedap, gebu dan lazat.

resepi kek pisang kukus

Cara membuat kek pisang kukus menggunakan bahan-bahan yang simple sehingga mudah membuatnya. Sukatan cawan pun boleh, tak perlu nak banyak menimbang. Suami dan anak-anak memang suka makan kek pisang seperti mana kek span coklat. Resepi kek pisang kukus yang akan saya kongsi ni memang sedap, lembab dan kemanisan secukupnya. Saiz yang digunakan pun sesuai untuk hidangan keluarga kecil. Jom kita tengok cara membuatnya.

Sila baca juga :  Resepi Kek Red Velvet Kukus Moist dan Lazat

Resepi Kek Pisang Kukus

Bahan-bahan:

  • 5 biji pisang emas – di lecek
  • 4 biji telur grade B
  • 1 cawan gula kaster
  • 1 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan tepung gandum – di ayak
  • 1 sudu kecil soda bicarbonat – di ayak
  • 1 sudu kecil baking powder – di ayak
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar jus limau

Cara buat kek pisang kukus:

  1. Mula-mula panaskan oven pada suhu 170 darjah.
  2. Lengserkan mentega pada liyang dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan minyak selama 3-5 minit hingga berwarna putih.
  4. Masukkan pisang raja dan kacau hingga rata.
  5. Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder yang telah di ayak sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati menggunakan spatula.
  6. Masukkan esen vanilla dan jus limau. Gaul hingga sebati.
  7. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 40-60 minit hingga masak.
  8. Angkat dan sejukkan.
Sila baca juga :  Resepi Kek Batik Coklat Milo Topping Cheese Lembut dan Sedap

Resepi kek pisang kukus lembab, sedap dan mudah telah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Apabila pada step terakhir permukaan atas kek telah perang, saya kurangkan suhu menjadi 150 darjah dan saya bakar selama 1 jam. Resepi di atas cukup untuk buat kek pisang kukus saiz kecil, jika nak buat ramai orang mesti banyakkan resepi. Kalau tak habis makan kek, anda boleh simpan dalam peti ais seperti mana kek lain. Bila ada tetamu, anda boleh keluarkan tapi sebelumnya dipanaskan dahulu. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • kek pisang kukua
Resepi Kek Pisang Kukus Lembut, Mudah dan Sedap | myresepi | 4.5