Resepi Kek Span Coklat Lembut dan Gebu

Resepi Kek Span Coklat – Ramai yang bertanya dan mengeluh bagaimana cara buat kek span yang lembut dan gebu. Kek span atau sponge cake memang ramai orang yang suka. Nak buatnya pun memang tidak susah tetapi ramai orang tak boleh buat kerana kek span dia penyek dan turun lepas kek siap di bakar. Memang untuk membuat kek tak sama dengan kita memasak makanan. Kalau masak, kita boleh tambah mengikut selera rasa, nak tambah nak kurangkan boleh. Tapi kek sangat sensitive.

resepi kek span coklat

Sebelum membuat kek span, kita mesti ada sedikit ilmu. Baca info tentang rahsia membuat kek sedap, dan baca pasal bahan kek seperti tepung, gula, telur, baking powder, dan soda. Tengok apa sahaja fungsi setiap bahan yang digunakan, lepas tu kita boleh tahu dan faham. Sebagai contoh, jika dalam resepi menggunakan tepung kek, jangan nak pandai tukar dengan tepung gandum atau tepung lainnya kerana setiap molekul dalam tepung berbeza. Yang akan myresepi kongsi adalah resepi kek span coklat lembut dan gebu. Jom tengok cara membuat kek span coklat.

Sila baca juga :  Resepi Kek Coklat Kukus Moist, Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kek Span Coklat

Bahan-bahan:

  • 150 gm tepung kek
  • 180 gm gula halus
  • 20 gm serbuk koko
  • 5 gm baking powder
  • 15 gm ovalette
  • 50 gm minyak jagung
  • 70 gm air
  • 4 biji telur grade A
  • 1 sudu teh esen vanilla (oil base)

Cara buat kek span coklat:

  1. Satukan tepung kek, baking powder,dan serbuk koko dan di ayak.
  2. Masukkan tepung tersebut, gula halus, baking powder, ovalette, esen vanilla, telur dan air. Putar dengan speed perlahan.
  3. Bila sudah nampak bersatu. Boleh tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu.
  4. Ingat, putar hanya sampai gebu je. Jangan putar teralu lama kerana nanti lepas bakar kek boleh turun.
  5. Bila sudah gebu, tutup mixer.
  6. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula hingga rata. Jangan lama-lama hingga minyak rata je.
  7. Tuang doh ke dalam loyang 8 inc yang sudah dilapik dengan kertas kek. Boleh sapukan butter di sekelilingnya.
  8. Panaskan oven selama 15 minit dengan suhu 170 darjah.
  9. Masukkan doh ke dalam oven dan panaskan 15 minit awal dengan api atas dan bawah.
  10. Lepas tu, bakar selama 30-35 minit.
  11. Bila kek sudah masak, keluarkan kek daripada oven.
  12. Biarkan sekejap selama 5 minit, lepas tu cepat-cepat keluarkan dari loyang.
  13. Toreh tepi loyang dengan pisau untuk keluarkan kek.
  14. Balikkan kek atas redai sekejap selama 1 minit.
  15. Lepas tu balikkan semula. Buat cepat-cepat sebab kek boleh turun kerana tarikan graviti.
  16. Biarkan kek betul-betul sejuk sebelum di potong.
Sila baca juga :  Resepi Kek Batik Coklat Milo Topping Cheese Lembut dan Sedap

Resepi kek span coklat sudah siap disediakan kepada keluarga anda. Ingat, kek span ni sensitive sikit. Kek span ni sangat gebu dan memantul-mantul. Bila kek sedang di bakar, jangan suka buka tutup oven boleh bentat tu kek. Kalau dalam resepi kata 45 minit masa bakar, tunggu hingga 45 minit. Cucuk dengan lidi untuk melihat sudah cukup masak atau belum. Kalau masih basah, cepat masukkan semula dan bakar balik dalam 15 minit atau sesuaikan masa hingga kek masak sempurna. Boleh cuba juga resepi kek coklat kukus. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • kek coklat gebu dan lembut
  • www resepi kuih muih com
Resepi Kek Span Coklat Lembut dan Gebu | myresepi | 4.5