Resepi Kuih Ketayap Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuih Ketayap – Ramai yang telah kenal dan makan kuih ketayap. Makanan tradisi ini mula saya makan sejak usia hingusan. Sampai dah punya anak masih suka makannya. Kalau saya belu untuk sarapan pagi, kami sekeluarga boleh habis belasan kuih makannya. Kerana suka beli kuih muih ni, saya pun belajar buat sendiri di rumah bila masa kosong. Saya anggap buat kuih ketayap ni sonang je.

resepi kuih ketayap

Selepas saya cuba beberapa kali resepi kuih ketayap yang ada di buku masak, akhir sekali saya dapat membuat yang sedap dan sesuai selera rasa. Kuih ketayap yang sedap jika tepung yang di gulung lembut dan tak liat. Warnanya pun mesti hijau sebenar dan tak pucat. Inti kelapa yang di letakkan dalam gulung kuih juga mesti cukup manisnya, tak manis sangat, dan warnanya mesti benar-benar coklat kehitaman. Kalau warna inti kelapanya pucat, saya tak berapa berkenan. Jom kita tengok bagaimana cara membuat kuih ketayap paling sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuih Ketayap

Bahan untuk kulit:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan santan
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
  • beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)

Bahan untuk inti:

  • 1/2 biji kelapa parut – di ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah
  • 1/2 cawan air
  • 2 helai daun pandan – di simpulkan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara membuat inti:

  1. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan dalam air mendidih. Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekali hingga air kering.
  3. Bila inti dalam keadaan agak lembab, taburkan tepung gandum supaya inti melekat dan tak berderai. Kacau hingga rata.
  4. Padamkan api dan sejukkan inti.

Cara membuat kuih ketayap:

  1. Blend daun pandan yang telah di potong pendek-pendek dengan santan. Tapis dan perah.
  2. Campurkan tepung gandum, telur, garam, dan pewarna hijau. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati.
  4. Panaskan kuali menggunakan api sederhana.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak menggunakan sehelai simpulan daun pandan.
  6. Masukkan satu sudu adunan ke dalam kuali. Dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan hingga kuih masak.
  8. Angkat dan ketepikan. Ulangi hingga adunan habis.
  9. Lepas semua kulit dah siap, ambil sesudu penuh inti. Letakkan di atas permukaan kulit kuih.
  10. Ratakan inti dan lipat kiri-kanan.
  11. Gulung dengan kemas dan ketepikan.
Sila baca juga :  Resepi Kuih Lapis Pelangi Paling Sedap dan Mudah

Resepi kuih ketayap paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan untuk sarapan keluarga anda. Anda tidak perlu membalikkan kulit kuih pada masa memasaknya. Cukup di lihat atasnya sudah berwarna hijau semua atau belum. Kalau suka manis, boleh tambah gula merah dalam resepi inti sesuai selera rasa.

loading...
Resepi Kuih Ketayap Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5