Resepi Kuih Lapis Pelangi Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kuih Lapis – Hari ini saya nak kongsi kuih lapis yang sedap dan mudah buatnya. Kali ini saya nak buat warna pelangi dan warna merah putih macam kuih dulu-dulu. Memang makan kuih lapis ni dari dulu dah sedap. Lebih sedap lagi bila makannya selapis demi selapis. Sebenarnya ada banyak resepi kuih lapis, terpulang kepada selera rakan-rakan semua. Saya hanya kongsi apa yang terbaik. Sebelumnya saya telah kongsi resepi pancake, sila di baca juga.

Anda boleh membuat resepi kuih lapis pelangi untuk sarapan pagi atau minum petang. Anak-anak memang suka sangat dengan kuih ini, sama dengan mamanya yang suka dengan kuih jenis kukus. Buat kuih lapis kena bersabar kerana kita mesti pandai mengagak ikut kesesuaian. Bila kuih tak menjadi, janganlah salah pada tuan punya resepi tetapi mestilah kaji di mana silapnya kita. Jom kita tengok resepi kuih lapis pelangi paling sedap dan mudah.

Resepi Kuih Lapis

resepi kuih lapis

Bahan-bahan:

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/4 sudu teh garam
  • sedikit pewarna merah dan perisa sos
Sila baca juga :  Resepi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap dan Mudah

Cara buat kuih lapis:

  1. Masukkan santan dalam periuk dan panaskan sebentar hingga suam-suam kuku. Tutup api.
  2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, tepung jagung, gula dan garam ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan santan dalam mangkuk. Gaul hingga tidak berbintil.
  4. Bahagikan adunan menjadi 2 bahagian. Warnakan satu bahagian dengan warna merah dan letakkan perisa sos.
  5. Tuang 1/3 adunan tanpa warna ke dalam loyang berukuran 8 inc yang telah di sapi sedikit minyak ke dalam
  6. kukusan. Kukus selama 5 minit dengan api kuat.
  7. Lepas lapisan pertama masak, tuang 1/3 adunan merah. Kukus lagi.
  8. Ulangi proses hingga dapat 6 lapisan dengan diakhiri lapisan merah.
  9. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

Resepi Kuih Lapis Pelangi

resepi kuih lapis pelangi

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 8 cawan santan sederhana pekat
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah, hijau, putih, kuning.
Sila baca juga :  Resepi Kuih Muih Tradisional Paling Sedap dan Mudah

Cara buat kuih lapis pelangi:

  1. Gaul tepung gandum, tepung beras, tepung ubi, santan, gula dan garam. Tapiskan.
  2. Bahagikan adunan menjadi 4 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dalam setiap bahagian.
  4. Panaskan loyang berukuran 8 inc dan sapukan sedikit minyak.
  5. Masukkan adunan merah dan kuku selama 5 minit.
  6. Lapiskan dengan adunan putih dan kukus selama 5 minit.
  7. Lapiskan dengan adunan hijau dan kukus selama 5 minit. Ikuti dengan warna putih.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis.
  9. Bila dah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam.

Resepi kuih lapis pelangi paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga dan rakan anda. Kuih lapis yang elok boleh di makan selapis demi selapis. Penting untuk biarkan kuih sejuk sebelum di potong. Bila dah tidak sabar, rendam loyang dalam air supaya cepat sejuk. Tetapi mesti hati-hati supaya air tidak masuk.

loading...
Resepi Kuih Lapis Pelangi Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5