Resepi Laksa Johor Paling Sedap dan Terbaik

Resepi Laksa Johor adalah satu masakan yang paling saya suka. Laksa Johor boleh dikategorikan sebagai laksa paling mahal dan paling rumit buatnya daripada laksa lainnya. Oleh itu, laksa johor jarang di peroleh di kedai-kedai tepi jalan. Ia hanya di hidangkan pada hari istimewa seperti hari raya dan majlis tertentu. Pada entri sebelumnya saya telah kongsi resepi mee goreng mamak, hari ni saya akan kongsi resepi laksa johor paling sedap dan terbaik.

resepi laksa johor

Resepi Laksa johor memang unik kerana ia menggunakan spaghetti sebagai bahan laksanya dan disajikan bersama kuah penuh rempah ratus. Campuran bahan yang digunakan dalam kuah menepati citarasa semua masyarakat di Malaysia. Kuah laksa johor ni berasaskan ikan parang yang dimasak dengan rempah ratus terpilih. Ikan parang memang cukup mahal kerana ia mempunyai isi yang halus dan dagingnya sedap. Untuk memasak laksa johor mesti menggunakan api sederhana dengan tempoh agak lama supaya tahan lama dan kuah rempah ratus menyerap dalam daging ikan. Jom kita tengok cara membuat laksa johor paling sedap dan terbaik.

Resepi Laksa Johor

Bahan-bahan:

  • 1 peket spaghetti
  • 1 kg ikan parang
  • 250 gm udang basah
  • 4 sudu besar udang kering – di rendam hingga lembuat dan di kisar halus
  • 1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar – di rendam hingga lembut dan di kisar halus
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 sudu besar kerisik
  • 3 keping asam keping
  • 1 biji santan pekat
  • 1 ikat daun kesum
  • 1 ikat daun selasih
  • 1 kuntum bunga kantan – di belah dua
  • 1 batang serai – di titik
  • 1 buku gula Melaka sederhana besar
  • garam dan gula secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Char Kuey Teow Berkuah Paling Sedap dan Mudah

Bahan kisar:

  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc lengkuas
  • 1 inc halia
  • 15 tangkai cili kering – di rendam hingga lembut
  • 2 sudu besar jintan manis
  • 2 sudu besar ketumbar

Bahan sambal:

  • 10-15 tangkai cili padi
  • 2 batang lada merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 keping belacan bakar
  • 2 biji limau kasturi
  • garam dan gula secukup rasa

Cara buat laksa johor:

  1. Masukkan spaghetti dalam air yang mendidih. Masak hingga kembang dan lembut.
  2. Masukkan garam dan minyak. Kacau hingga rata.
  3. Toskan air dan gulung bulat spaghetti (terpulang cara masing-masing).
  4. Susun spaghetti atas kain muslin supaya bentuknya kekal.

Cara buat kuah laksa johor:

  1. Ikan parang di cuci bersih dan di rebus hingga empuk.
  2. Asingkan ikan dan air rebusannya.
  3. Asingkan isi ikan dan tulangnya.
  4. Masukkan tulang, kepala dan ekor ikan dalam blender.
  5. Tambahkan air rebusan ikan dan kisar hingga halus. Tapiskan.
  6. Buang hampasnya dan ketepikan.
  7. Lepas tu, sediakan stock udang.
  8. Udang di bersihkan dan diasingkan isi, kulit dan kepalanya.
  9. Kulit dan kepala udang di rebus dengan sedikit air
  10. Campurkan dengan air rebusan dan kisar halus kulit dan kepalanya.
  11. Tapis untuk mendapatkan stock udang.
  12. Kisar isi udang hingga halus dan ketepikan.
  13. Kisar halus juga udang kering dan isi ikan kurau satu per satu.
  14. Tumis bawang merah, bawang putih, lengkuas, halia dan cili kering dengan minyak panas.
  15. Masukkan serai dan masak hingga garum dan terbit minyak.
  16. Masukkan ketumbar dan jintan manis yang telah di tumbuk halus.
  17. Masukkan rempah kari. Masak hingga rempah garing.
  18. Lepas tu, masukkan air rebusan udang dan air rebusan ikan.
  19. Biarkan kuah merenih dan mendidih sebentar.
  20. Masukkan santan, udang kering, ikan kurau masin, isi udang, dan isi ikan parang. Kacau hingga rata dan biarkan merenih.
  21. Masukkan asam keping, gula melaka, kerisi, bunga kantan, daun kesum, dan daun selasih.
  22. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dan pekat sedikit.
Sila baca juga :  Resepi Mee Goreng Mamak Paling Sedap dan Mudah

Cara buat sambal:

  1. Kisar cili padi, lada merah, bawang putih, belacan bakar, gula dan garam.
  2. Perahkan jus limau kasturi

Resepi laksa johor paling sedap dan terbaik dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Anda telah mendapatkan resepi ini secara percuma. Oleh itu, anda hanya perlu cuba sendiri di rumah. Selain bahan di atas, laksa johor juga di makan bersama ulam-ulaman seperti timun, hirisan bawang besar, hirisan kacang panjang, daun kesum, daun selasih, bunga kantan, lobak asin dan taugeh.

loading...
Resepi Laksa Johor Paling Sedap dan Terbaik | myresepi | 4.5