Resepi Laksa Penang Paling Sedap dan Mudah

Resepi Laksa Penang – Laksa adalah makanan berkuah yang sangat popular di Malaysia dan Singapura. Salah satu yang paling sedap adalah laksa penang. Asas dalam membuat kuah laksa di setiap daerah memang berbeza. Sebelumnya saya telah kongsi resepi laksa johor, pada hari ni saya cuba resepi laksa penang. Laksa johor memang di katakan paling enak kerana menggunakan ikan parang, kuahnya pekat dan berempah ratus, di makan bersama spaghetti. Laksa penang mempunyai rasa kuah yang lebih cair dan masam manis. Ia cukup popular dan ramai digerami, terutama di Pulau Pinang. Ada juga orang yang memanggilnya dengan asam laksa.

resepi laksa penang

Dikatakan laksa merupakan makanan yang berasal dari orang Cina yang hijrah ke Tanah Melayu. Seperti yang telah di bahas, laksa mempunyai kuah laksa khas di setiap daerah. Ada laksa johor, laksa penang, laksa kelantan atau laksam, laksa terengganu, dan laksa perak. Sebenarnya saya paling suka laksa johor kerana rasanya pekat dan berempah. Tapi rakan fb ramai yang minta tunjukkan cara membuat laksa penang, akhirnya saya pun buat lah laksa ni. Jom kita tengok resepi laksa penang paling sedap dan mudah.

Resepi Laksa Penang

Bahan-bahan:

  • 1 peket laksa beras
  • 10 ekor ikan kembung
  • 5 keping asam keping
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 keping belacan – di bakar
  • air untuk merebus
Sila baca juga :  Resepi Mee Rebus Paling Sedap dan Mudah

Bahan-bahan yang di makan bersama kuah laksa:

  • 1 kg laksa beras – di rebus
  • 1 pokok daun salad – di hiris
  • 1 ikat daun pudina – di hiris
  • 1 ikan daun selom – di hiris
  • 1 batang timun – di hiris mancis
  • 1 labu bawang besar – di hiris
  • 1 kuntum bunga kantan – di hiris
  • 1 batang cili merah – di hiris
  • 1/2 biji nenas – di racik halus
  • cili padi secukupnya – di hiris halus
  • telur rebus – di belah 4
  • limau kasturi

Bahan kuah laksa:

  • 2 batang serai – di titik
  • 2 kuntum bunga kantan – di belah 2
  • 7 keping asam keping
  • 1 inc lengkuas – di hiris
  • 1 mangkuk daun kesum
  • 1 sudu besar pes udang
  • 1 batang empulur nenas

Cara buat stock ikan:

  1. Bersihkan ikan daripada isi perut dan insang. Cuci bersih.
  2. Gaul ikan dengan garam dan jus limau nipis. Perap sebentar dan cuci bersih.
  3. Masukkan ikan dalam periuk dan tambahkan air untuk merebus ikan.
  4. Masukkan asam keping. TUnggu hingga ikan empuk.
  5. Bila dah empuk, sejukkan air rebusan.
  6. Keluarkan ikan dan asam keping dari periuk.
  7. Asingkan isi ikan dari tulang dan kepala. Potong menjadi 2 bahagian.
  8. Ramas-ramas kasar 1 bahagian isi ikan dan 1 bahagian lain di kisar bersama air rebusan ikan.
  9. Masukkan tulang, air rebusan ikan dan kisar halus dalam pengisar.
  10. Ulang kisar 2 kali untuk mendapatkan patinya. Tapiskan.
  11. Masukkan semula air rebusan ikan, air tulang ikan, dan air isi ikan ke dalam periuk.
Sila baca juga :  Resepi Mee Goreng Basah Paling Sedap dan Mudah

Cara buat laksa penang:

  1. Angkat dan toskan laksa beras. Bilas dengan air dan toskan semula.
  2. Satukan cili kering, bawang merah, bawang putih, dan belacan bakar dalam pengisar. Kisar halus.
  3. Satukan semua bahan kuah laksa, bahan pes tadi, air rebusan ikan, air tulang ikan, air isi ikan, dan isi ikan yang di ramas kasar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
  4. Tambahkan kiub ikan bilis.
  5. Perasakan dengan garam, gula, dan maggi secukup rasa. Renihkan hingga masak sempurna.

Resepi laksa penang paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Bukan susah sangat memasak resepi ni kan? Semua orang boleh buat laksa penang ni. Tunggu apa lagi, bau dah harum semerbak, jom kita makan.

loading...
Resepi Laksa Penang Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5