Resepi Laksam Kelantan Paling Sedap dan Mudah

Resepi Laksam – Hari ini saya nak kongsi cara buat laksam step by step. Sebenarnya saya tak nak masak laksam, tapi terpandang pulak di share oleh rakan fb. Teringat ada ikan kembung dalam peti ais. Dah lama ikan tu dalam peti ais, kalau di simpan lebih lama tak sedap di masak rasa isinya. Lagi pula anak saya suka makan laksam.

resepi laksam

Resepi laksam ni sering dipanggil juga dengan laksa kelantan. Saya kongsi resepi disini bukan sahaja sekadar perkongsian dengan rakan-rakan, tetapi juga menjadi rujukan saya apabila nak masak lagi di masa hadapan. Maklum lah orang macam saya suka lupa, jadi mesti ada rujukan bila masak. Sebelumnya saya telah kongsi resepi laksa penang, sila di baca. Jom kita tengok cara membuat laksam kelantan sedap dan mudah.

Resepi Laksam

Bahan-bahan:

  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 5 cawan air suam (3 cawan air mendidih, 2 cawan air biasa)
  • 1/2 sudu kecil garam
Sila baca juga :  Resepi Mee Kari Ayam Paling Sedap dan Mudah

Bahan kuah laksam:

  • 1/2 kg ikan kembung
  • 5 biji bawang merah
  • 3 cawan santan
  • sedikit asam keping
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit halia
  • sedikit gula

Bahan ulam-ulaman:

  • kacang panjang – di hiris halus
  • kobis – di hiris halus
  • daun kesum – di hiris halus
  • daun ketumbar – di hiris halus
  • bunga kantan – di hiris halus
  • taugeh – di rendam dalam air panas sebentar
  • timun – buang kulit dan bahagian tengahnya, hiris panjang

Cara buat laksam kelantan:

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum, air suam dan garam. Kacau hingga rata.
  2. Masukkan dalam jug untuk mudah di tuang dalam bekas.
  3. Panaskan pengukus hingga mendidih.
  4. Letakkan bekas yang leper dalam pengukus dan sapukan minyak.
  5. Kacau adunan supaya tidak mendap. Tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus selama 5 10 minit hingga adunan menggelembung.
  6. Angkat menggunakan pisau atau garfu. Balik sambil digulung-gulung dengan menolak perlahan ke tepi.
  7. Golekkan ke dalam bekas supaya tidak menyentuk dengan tangan.
  8. Sapu bekas dengan minyak. Tidak perlu di basuh.
  9. Masukkan semula adunan ke dalam pengukus dan ulang proses menggulung hingga selesai.
  10. Lepas tu, gunting laksam nipis-nipis bila hendak di makan.
Sila baca juga :  Resepi Mee Bandung Muar Paling Sedap dan Mudah

Cara buat kuah laksam:

  1. Rebus ikan kembung dalam periuk. Paras air sama dengan paras atas ikan.
  2. Masukkan asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan hingga ikan masak.
  3. Bila dah masak, keluarkan ikan (air rebusan jangan dibuang). Buang tulang ikan.
  4. Kisar isi ikan dengan halia, bawang merah dan air rebusan. Masukkan dalam periuk.
  5. Tambahkan serbuk lada hitam, garam, gula dan asam keping dalam periuk.
  6. Masukkan santan. Masak hingga kuah agak pekat.

Resepi laksam kelantan paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Untuk menghidangkan, laksam lebih sedap di potong nipis dalam pinggan. Tuangkan kuah laksam secukupnya. Masukkan juga ulam-ulaman dan sambal cili. Selamat mencuba resepi laksam dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Laksam Kelantan Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5