Resepi Lasagna Roti Kuah Daging Paling Sedap dan Mudah

Resepi Lasagna Roti – Hari hujan membuat perut cepat sangat keroncong. Alangkah sedap jika makan sepotong roti lasagna yang sedap dan harum. Dengan rasa filling yang lembut dan secawan teh panas, mengasyikkan sangat. Cara membuat lasagna roti tidaklah sesukar yang disangkakan. Penyediaannya cukup mudah dan rasanya pun sedap. Baunya yang harum membuat anak-anak mundar-mandir di dapur. Tidak sabar makannya. Sesekali menjenguk kaca oven dan menunggu loceng masa berbunyi.

resepi lasagna roti

Selepas masak resepi lasagna roti ni, tidak sabar anak nak merasa. Masing-masing dah menadah piring, belum juga suam. Harum bau lasagna yang semerbak satu rumah semakin membuat kuat irama keroncong berkumandang. Kena tunggu 20 minit lagi hingga ia suam baru boleh di potong. Sepotong-sepotong lasagna di hiris, cepat habis licin tidak bersisa. Sepertinya saya mesti masak dua resepi bila kat hari hujan. Jom kita tengok bagaimana cara buat lasagna roti kuah daging paling sedap dan mudah.

Resepi Lasagna Roti

Bahan kuah daging:

  • 300 gm daging burger
  • 1 kiub daging
  • 1 botol kecil prego
  • 2 biji tomato – di potong dadu
  • 1 biji lobak merah – di potong dadu
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang – di hiris
  • 1/2 capsicum merah – di hiris
  • 1/2 capsicum hijau – di hiris
  • 2-3 ulas bawang merah – di cincang halus
  • 2-3 ulas bawang putih – di cincang halus
  • 1-2 sudu besar cili boh
  • 3 cawan air
  • sedikit lada sulah
  • sedikit lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Roti Canai Lembut, Sedap dan Mudah

Bahan cheese sauce:

  • 115 gm cheddar cheese
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega
  • 1-2 cawan susu segar
  • sedikit garam

Bahan hiasan:

  • 1 kotak instant lasagna
  • hirisan cheddar cheese
  • serbuk parmesan cheese
  • sedikit lada hitam – di tumbuk kasar
  • 1 pokok daun bawang – di hiris

Cara membuat kuah daging:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air, daging cincang dan kiub daging hingga daging sedikit masak.
  4. Tambahkan garam, prego dan sedikit gula.
  5. Masukkan sayur-sayuran mula dari yang agak keras dahulu. Tunggu hingga mendidih.
  6. Padamkan api dan ketepikan.

Cara buat cheese sauce:

  1. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau hingga sebati.
  2. Alihkan dari tepung dari api.
  3. Masukkan susu dan kacau hingga tepung tidak berketul. Panaskan semula.
  4. Masukkan cheese dan sedikit garam. Kacau setiap masa.
  5. Padamkan api dan ketepikan.

Cara buat lasagna:

Sila baca juga :  Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah
  1. Panaskan oven pada suhu 180 darjah.
  2. Sediakan bekas caserole atau bekas aluminium dan oleskan bekas dengan butter.
  3. Atur kepingan lasagna roti di dasar bekas caserole hingga menutupi dasar bekas.
  4. Tuang sedikit kuah daging supaya lasagna tidak perlu di masak terlebih dahulu.
  5. Tuang sedikit cheese sauce dan tabur daun bawang.
  6. Letakkan lasagna semula dan ulangi langkah ini di setiap lapisan hingga memenuhi bekas.
  7. Bahagian terakhir adalah kulit lasagna.
  8. Tuangkan baki cheese sauce.
  9. Tenggemabkan sebahagian besar adunan lapisan tadi dengan kuah daging.
  10. Taburkan hirisan cheddar cheese, parmesan cheese, dan lada hitam.
  11. Masukkan lasagna dalam oven dan bakar selama 40 minit pada suhu 180 darjah hingga ia masak.
  12. Keluarkan lasagna dan sejukkan selama 20 minit sebelum di potong.

Resepi lasagna roti kuah daging dah siap disediakan kepada keluarga anda. Untuk memastikan lasagna telah masak, kulit lasagna kelihatan lembut bila di cucuk lidi. Hidangkan bersama taburan daun bawang. Bila ramai yang tanya kenapa lasagna yang di buat tidak cantik, tunggu sejuk sikit baru potong kerana lasagna ni meleleh sebab cheese cair tengah panas-panas. Anda boleh juga baca resepi roti john cheese. Semoga berjaya.

loading...
Resepi Lasagna Roti Kuah Daging Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5