Resepi Lempeng Gebu, Sedap dan Mudah

Resepi Lempeng – Lempeng memang menjadi kegemaran saya. Semua orang suka dengan lempeng yang saya buat. Masalahnya bila orang tanya apa resepinya sehingga lempeng yang saya buat ni lembut dan sedap, saya suka lupa pula caranya kerana main campak-campak je. Tapi kerana ramai yang tanya resepi lempeng, akhirnya saya buat dah dengan sukatan yang betul hingga saya boleh kongsikan disini.

resepi lempeng

Resepi lempeng yang saya kongsikan hari ini adalah lempeng pekak. Saya pun tidak tahu kenapa orang memanggil lempeng yang terbuat dari tepung gandum ni dengan nama lempeng pekak. Resepi lempeng ni sangat mudah dan senang buatnya. Bila dah buat lempeng pekak, takkan lah saya nak cicah ia dengan gula je, saya lawankan dengan sambal ikan bilis. Lempeng saya comel-comel je dengan sambal tu. Jom kita tengok cara buat lempeng gebu, sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Apam Polkadot Sukatan Cawan Kukus Paling Sedap

Resepi Lempeng

Bahan-bahan:

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur grade A
  • 1/2 camca teh serbuk bawang (opsyenal)
  • 1/3 cawan susu cair
  • 2 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sambal tumis untuk mencicah

Cara buat lempeng:

  1. Satukan tepung gandum, telur, serbuk bawang, susu cair, dan air. Kacau hingga rata.
  2. Masukkan garam secukup rasa. Tapis dan rehatkan adunan sebentar.
  3. Panaskan non-stick pan dan lenser dengan minyak makan.
  4. Tuang 1/3 cawan adunan lempeng, sendeng-sendengkan pan hingga adunan agak merata.
  5. Bila permukaan lempeng nampak pucat dan tepinya agak renggang, terbalikkan lempeng dan masak sekejap lagi.
  6. Angkat dan ulangi kaedah yang sama.

Resepi lempeng paling sedap dan mudah sudah siap di hidangkan kepada keluarga dan rakan anda. Hidangkan lempeng bersama sambal tumis atau apa sahaja yang anda suka. Saiz lempeng bergantung pada pan yang anda guna. Adunan lempeng aku cuma guna 1 1/2 cawan tepung gandum je. Saiz comel anak-anak lebih suka. Dengan resepi ni, anggaran boleh dapat 10-11 biji lempeng. Bila tidak ada susu cair, anda boleh ganti dengan susu segar atau santan. Kalau nak guna santan, cukup 1/4 cawan sahaja dan selebihnya air. Kacau hingga rata dan tapis adunan lempeng.

Sila baca juga :  Resepi Roti John Cheese Meleleh Sedap dan Mudah
loading...
Resepi Lempeng Gebu, Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5