Resepi Makaroni Goreng Daging Cincang Sedap dan Mudah

Resepi Makaroni Goreng – Hari ni saya nak cerita pasal makaroni. Makaroni goreng daging cincang ni memang kegemaran anak-anak saya. Kalau tak tahu nak masak apa, inilah yang saya masak. Resepi ni senang je buatnya. Sesiapa boleh buat, cuma mesti ada semua bahan-bahannya.

resepi makaroni goreng

Sesiapa yang malas masak tapi teringin nak masak sedap boleh ikut resepi makaroni goreng ni. Rasanya garenti sedap dan buatnya pun mudah. Jangan ingat dengar pasta je, semua gabra tak tahu nak masak. Masak makaroni goreng ni macam biasa je. Anak-anak pasti suka makannya. Jom langsung tengok bagaimana cara buat makaroni goreng daging cincang paling sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Roti John Cheese Meleleh Sedap dan Mudah

Resepi Makaroni Goreng

Bahan-bahan:

  • 200 gm makaroni elbow saiz sederhana – di rebus
  • 300 gm daging cincang
  • 4 batang sosej – di potong nipis
  • 4 bawang putih – di cincang
  • 1 bawang besar – di cincang dadu
  • 1 biji tomato – di potong dadu
  • 1 cawan sayur campur beku (mix vegetables)
  • 1/2 cawan cheese cheddar parut
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar herba itali kering
  • garam secukup rasa

Cara buat makaroni goreng:

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah menggunakan minyak zaitun hingga layu.
  2. Masukkan daging cincang dan sayur campur. Masak seketika.
  3. Masukkan tomato puree, tomato cincang, sos tiram, sos cili dan herba itali kering.
  4. Masukkan makaroni dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata dan goreng seketika.
  5. Akhir sekali masukkan parutan cheese cheddar.
Sila baca juga :  Resepi Roti Sosej Gulung Lembut dan Mudah

Resepi makaroni goreng daging cincang dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Jika suka, boleh tambahkan cendawan butang, stick ketam, sosej, dll dalam resepi. Boleh juga tambahkan cili kisar jika suka masakan pedas. Nak cuba makaroni lain, sila baca resepi makaroni bakar. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Makaroni Goreng Daging Cincang Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5