Resepi Mee Goreng Mamak Paling Sedap dan Mudah

Resepi Mee Goreng Mamak mempunyai rasa tersendiri daripada mee goreng jenis lain atau mee goreng basah kerana rasanya yang sedap dan aroma yang unik. Resepi ni saya dapat dari kedai mamak kat rumah. Kalau nak makan mee goreng, ke situlah saya tuju. Kedai mamak ni kat tempat terbuka sikit jadi nampak chef yang masak tu. Saya suka duduk menghadap dapur sebab nak tengok macam mana dia buatnya dan bahan apa yang digunakan.

resepi mee goreng mamak

Bila dah tahu cara masaknya, saya cuba sendiri resepi mee goreng mamak di rumah. Kali pertama memang tak menjadi. Rasanya tak sama macam mee goreng mamak di kedai yang saya makan. Lepas tu cuba lagi tengok ia masak. Ulang-ulang lagi ke kedai nak tengok je. Akhir sekali, baru lah saya tahu cara buat mee goreng mamak sedap macam yang saya makan. Dan saya akan kongsikan resepi kepada anda untuk dicuba sendiri di rumah. Jom tengok resepi mee goreng mamak yang dah saya buat.

Sila baca juga :  Resepi Laksam Kelantan Paling Sedap dan Mudah

Resepi Mee Goreng Mamak

Bahan-bahan:

  • 600 gm mee kuning
  • 1 biji kentang saiz besar
  • 1 biji kui udang potong
  • 1 biji telur
  • 1/2 biji tomato – di hiris
  • 1 biji bawang putih – di ketuk
  • 1/2 keping tauhu lembut
  • 2-3 tangkai cili api – di ketuk
  • 2 ulas bawang putih – di ketuk
  • 2 helai daun sawi – di ketuk bahagian batang dan potong
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 1 1/2 sudu kecil gula
  • 2 sudu besar minyak
  • sedikit tauge
  • sedikit air
  • kicap manis secukup rasa

Cara buat mee goreng mamak:

  1. Masukkan minyak dalam kuali menggunakan api sederhana (tidak perlu tunggu panas).
  2. Masukkan tauhu yang telah di potong ke dalam kuali.
  3. Bila tauhu dah separuh masak, masukkan bawang putih dan bawang merah. Kacau hingga bawang sedikit layu.
  4. Masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan kubis, tomato, cili api dan sawi. Gaul hingga sebati.
  6. Masukkan mee kuning. Gaul semula hingga sebati.
  7. Masukkan gula dan serbuk perasa. Gaul lagi hingga sebati.
  8. Masukkan kuih udang dan tauge. Gaul dan tuangkan kicap sikit-sikit.
  9. Masukkan sedikit air agak-agak dalam 1/3 cawan.
  10. Bila warna mee cerah sikit, tolak semua bahan dan masukkan telur. Gaul hingga sebati.
  11. Kecilkan api dalam masa ni. Anda mesti cepat jangan tunggu telur mengeras dan mee kembang sebab dah buh air.
Sila baca juga :  Resepi Char Kuey Teow Berkuah Paling Sedap dan Mudah

Resepi mee goreng mamak paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan untuk keluarga anda. Proses masak mee goreng ni 5-10 minit dah siap. Kalau anda rasa warna mee kurang gelap, anda boleh tambah kicap sikit lagi. Sila baca juga resepi char kuey teow yang tidak kalah sedapnya. Akhir sekali, campakkan hiasan dengan potongan timun, daun bawang dan daun sup. Nak tabur bawang goreng pun juga boleh. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Mee Goreng Mamak Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5