Resepi Nasi Hujan Panas Menyelerakan dan Sedap

Resepi Nasi Hujan Panas – Kali ni saya telah cuba masak nasi hujan panas menyelerakan dan sedap. Nasi ni bertambah menarik kerana warnanya yang berwarna-warni. Sangat membuka selera terutama kepada anak-anak. Nasi hujan panas sesuai menjadi hidangan merai tetamu pada kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Warnanya yang ceria dan rasanya yang sedap memang sangat sesuai.

resepi nasi hujan panas

Resepi nasi hujan panas ni memang sangat ringkas buatnya. Boleh juga menjadi juadah berbuka puasa. Biasa kami sekeluarga makan dengan ayam masak merah sebagai lauknya. Anda boleh juga mencuba masak resepi nasi kerabu. Sebenarnya nak kongsi resepi ni di akhir minggu, tapi kerana sibuk pergi sama anak hingga balik lewat petang hari. Cuaca hujan lebat pula dan jalan jam sana-sini kerana banyak kerja pembaikkan jalan.

Sila baca juga :  Resepi Nasi Minyak Paling Sedap dan Simple

Resepi Nasi Hujan Panas

Bahan-bahan:

  • 3 cawan beras Basmathi – di rendam 20 minit dahulu, cuci dan toskan
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 sudu besar butter
  • 1 cawan susu cair
  • 2 1/2 cawan air
  • 10 gm bawang goreng
  • 10 gm badam
  • 10 gm kismis
  • 10 gm gajus
  • garam secukup rasa
  • pewarna merah, hijau dan kuning telur

Bahan rempah tumis:

  • 1 kulit kayu manis
  • 1 helai daun pandan di simpul
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 4 biji cengkih

Bahan kisar:

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inc halia

Cara masak nasi hujan panas:

  1. Panaskan minyak sapi dan butter dalam kuali.
  2. Tumis kulit kayu manis, daun pandan, bunga lawang, pelaga dan cengkih hinnga terbit bau harum.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Masak hingga terbit minyak.
  4. Tambahkan susu cair, air dan garam secukup rasa. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan nasi, badam, gajus dan kismis. Gaul hingga rata.
  6. Tutup periuk nasi dan tanak nasi seperti biasa.
  7. Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan buat lubang-lubang.
  8. Masukkan sedikit pewarna dalam setiap lubang.
  9. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap.
  10. Gemburkan nasi dan ratakan.
Sila baca juga :  Resepi Nasi Ayam Paling Sedap dan Simple

Resepi nasi hujan panas menyelerakan dan sedap sudah sedia dihidangkan kepada keluarga anda. Sediakan ia bersama lauk-pauk yang sesuai. Lauk yang sesuai boleh tambahkan ayam masak madu, ayam masak merah atau ikan keli. Resepi ni boleh anda tambahkan untuk hidangan yang ramai. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Nasi Hujan Panas Menyelerakan dan Sedap | myresepi | 4.5