Resepi Pancake Paling Mudah, Cepat dan Sedap

Resepi Pancake – Pancake memang menjadi hidangan sarapan pagi dan minuman petang keluarga kami. Pancake adalah menu sihat yang boleh anda sediakan setiap bekal sarapan pagi anak-anak dan seisi keluarga. Anda boleh variasikan perasa pancake mengikut selera rasa. Anda yang tidak mempunyai masa lebih di dapur tidak perlu takut, kerana membuat pancake sangat ringkas tetapi hasilnya memang sedap.

Selain di makan begitu sahaja, resepi pancake boleh bertambah sedap bila di makan bersama madu, kaya, dan sos coklat. Letak nutella atau aiskrim pun lebih sedap. Bila nak lebih istimewa lagi, hidangkan pancake bersama buah-buahan segar. Pasti anak-anak dan seisi keluarga gemar makannya. Makan pancake ni memang tidak pernah membuat jemu kerana boleh guna banyak variasi. Itulah keistimewaan pancake. Sebelumnya saya telah kongsi resepi kek pelangi. Sekarang saya akan kongsikan resepi pancake paling mudah, cepat dan sedap yang boleh anda sajikan kepada keluarga anda.

Resepi Pancake Gebu

resepi pancake

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu fresh milk
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar marjerin

Cara membuat pancake gebu:

  1. Campurkan tepung gandum, susu, telur, baking powder, gula dan marjerin ke dalam mangkuk. Kacau hingga sebati (tiada tepung berketul-ketul).
  2. Panaskan non-stick pan dan tuangkan satu sudu kecil bancuhan tadi ke dalam kuali. Biarkan seketika.
  3. Bila nampak buih-buih sikit pada pancake, balikkan pancake. Biarkan seketika dalam 1 minit.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Ulangi langkah hingga bancuhan tepung habis.
Sila baca juga :  Resepi Kek Pisang Lembab, Paling Sedap dan Gebu

Resepi Pancake Pisang

resepi pancake pisang

Bahan-bahan:

  • 4 biji pisang berangan
  • 2 cawan tepung gandum – di ayak
  • 1 biji telur grade A
  • 2 sudu kecil baking powder – di ayak
  • 3 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 cawan susu segar
  • 4 sudu besar minyak

Cara buat pancake pisang:

  1. Masukkan pisang berangan, gula, garam, telur, susu dan minyak dalam blender. Blend sekejap supaya pisang tidak hancur sangat.
  2. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak. Kacau dengan whisker.
  3. Sendukkan bancuhan dalam non-stick pan dan masak dengan api kecil.
  4. Tutup pan dan masak selama 3-4 minit.
  5. Hidangkan dengan madu atau aiskrim.

Resepi Pancake Coklat Tanpa Telur

resepi pancake coklat

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil serbuk koko
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 cawan susu segar
Sila baca juga :  Resepi Kek Red Velvet Kukus Moist dan Lazat

Cara buat pancake coklat tanpa telur:

  1. Masukkan tepung gandum, gula, garam, serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Gaul hingga sebati dan ketepikan.
  2. Panaskan susu segar bersama mentega dengan api sederhana hingga panas suam (jangan sampai mendidih).
  3. Tuang susu ke dalam mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam mangkuk yang sama.
  4. Tuang bahan cecair tadi ke dalam mangkuk berisi tepung.
  5. Kacau dengan garfu supaya mengelakkan adunan berketul-ketul. Kacau hingga sebati dan tepung tidak kelihatan.
  6. Panaskan kuali leper, griskan dengan mentega.
  7. Sendukkan adunan dan tuang ke atas kuali leper. Masak selama 2-3 minit hingga ada gelembung di bahagian atas.
  8. Balikkan adunan dan masak lagi selama 2-3 minit.
  9. Ulangi langkah hingga adunan habis.

Resepi pancake paling mudah, cepat dan sedap dah saya kongsi beberapa yang paling popular. Jika anda nak buat pancake untuk anak di bawah umur 2 tahun, gula boleh anda ganti dengan madu dan tidak perlu garam. Jika anda tidak suka menggunakan serbuk penaik dalam resepi, anda boleh guna kaedah tanpa serbuk penaik.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi aneka kek
Resepi Pancake Paling Mudah, Cepat dan Sedap | myresepi | 4.5