Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Sedap dan Mudah

Resepi Pulut Kuning – Sudah lama saya teringin cuba buat pulut kuning sendiri di rumah. Dari kecil memang saya sangat terdedah kepada pulut, terutama dalam majlis perkahwinan dan majlis keraian. Zaman dulu pulut kuning dibentuk menjadi pulut semangat yang diletakkan seekor ayam percik di atasnya sebelum di pacak lagi dengan bunga telur pahar di tengah-tengahnya. Sekarang dah susah temukannya. Hanya ada pulut semangat yang di pacak dengan bunga telur sahaja. Itupun dah diubahsuai. Kini pulut kuning dimasukkan dalam plastik kecil yang diikat dan disusun pada batang pisang. Telur hanya diletakkan je di batang pisang.

resepi pulut kuning kukus

Resepi pulut kuning paling sedap dan mudah ni mengikut petunjuk rakan kerja saya yang kebetulan ada di rumah. Saya melawankan dengan telur dadar nipis je. Telur dadar nipis saya gulung dan hiris nipis. Ini memang sinonim dengan pulut yang akan di buat. Sebelumnya saya telah kongsi resepi nasi daging berempah, sekarang kita tengok cara buat pulut kuning paling sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Nasi Kerabu Paling Sedap dan Mudah

Resepi Pulut Kuning

Bahan-bahan:

  • 500 gm beras pulut
  • 1 keping asam keping
  • 1 inc kunyit hidup – di tumbuk dan tapis air
  • 1 sudu besar kunyit serbuk
  • 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan santan pekat
  • pewarna kuning
  • sedikit minyak masak

Cara buat pulut kuning kukus:

  1. Basuh beras pulut dengan air dan toskan.
  2. Masukkan air kunyit hidup dan pewarna kuning. Kacau hingga rata.
  3. Masukkan air dan rendam beras pulut dengan asam keping selama 1-2 jam.
  4. Toskan beras pulut dan masukkan ke dalam pengukus yang telah dilapik daun pisang dasarnya. Kukus hingga naik wap dari tepi periuk kukusan.
  5. Angkat pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  6. Tuangkan santan yang telah digaul dengan garam pada pulut kuning yang di dalam mangkuk. Gaul hingga santan dan pulut rata.
  7. Masukkan semula pulut ke dalam periuk kukusan. Kukus hingga naik wap lagi.
  8. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk besar.
  9. Taburkan gula dan kacau hingga rata dan warna pulut bersinar.
Sila baca juga :  Resepi Nasi Beriani Gam Paling Sedap dan Mudah

Resepi pulut kuning kukus paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Masakan ini sesuai dihidangkan bersama rendang ayam atau gulai daging. Lebih sedap tambahkan telur dadar yang di hiris nipis. Anda boleh tekan pulut dengan acuan supaya anak lebih suka makannya kerana pulut berbentuk. Selamat mencuba resepi ni dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Pulut Kuning Kukus Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5