Resepi Roti John Cheese Meleleh Sedap dan Mudah

Resepi Roti John Cheese – Anda pernah kehilangan idea nak buat sarapan atau makan petang? Ramai orang pusing nak buat apa yang boleh disajikan kepada anak dan suami, apalagi jika anda tak punya masa lebih di dapur. Senantiasa saya buat je roti John. Memang tak payah kalut ke pasar lagi tapi dapat roti John inti daging sikit. Bila dah makan tu, tak dapat bezakan makan roti John atau roti telur. Sedapnya sama.

resepi roti john

Resepi roti John adalah juadah ringan pilihan rakyat Malaysia terutama pada masa bulan Ramadan. Meskipunia merupakan juadah ringan yang menggunakan bahan asas seperti roti, telur dan daging, namun kerana rasanya yang sedap dan cara buat roti john mudah, ia tetap menjadi kegilaan tersendiri kepada peminatnya. Roti john yang dijual di pasar memang sudah diperbaharui resepinya kerana ikut cita rasa terkini. Keju menjadi bahan tambahan yang menarik minat orang ramai, lebih lagi jika kejunya meleleh di bahagian luar roti. Sebelumnya anda bisa juga membaca resepi puding roti bakar. Daripada anda menunggu masa bula Ramadan untuk menikmati roti John, cuba sahaja sendiri di rumah. Jom kita tengok cara buat roti john yang sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Pizza Ala Itali Paling Sedap dan Mudah

Resepi Roti John Cheese

Bahan-bahan:

  • 8 biji roti sosej
  • 6 biji telur
  • sepeket daging ayam kisar
  • 1/2 peket kecil rempah kari daging
  • bawang putih
  • bawang merah
  • daun bawang
  • daun sup
  • lada sulah
  • mayonis dan sos
  • keju cheddar
  • kobis dan timun (opsyenal)

Cara buat roti john cheese:

  1. Hiris bawang putih dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan rempah kari daging dan biarkan hingga kering sikit.
  3. Masukkan daging ayam kisar yang telah di basuh.
  4. Masukkan bawang merah yang telah di potong dadu.
  5. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
  6. Gaul hingga daging benar-benar masak.
  7. Pecahkan telur dalam satu bekas.
  8. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup.
  9. Masukkan juga daging tadi ke dalam bekas telur sebagai bahan inti. Kacau hingga sebati.
  10. Panaskan kuali leper dan corakkan bahan inti tadi sesuai saiz roti sosej.
  11. Taburkan keju cheddar di atasnya hingga memenuhi inti.
  12. Tekapkan roti yang sudah di belah dua di atasnya hingga bahan inti masak.
  13. Bila dah masak, balikkan roti seketika dan angkat.
  14. Roti John boleh di sapu dengan sos, mayonis, kepingan cheese, hirisan kobis dan timun di dalamnya.
Sila baca juga :  Resepi Apam Susu Belang Paling Sedap dan Mudah

Resepi roti John cheese meleleh sedap dan mudah sudah siap disediakan kepada keluarga anda sebagai sarapan ataupun juadah buka puasa. Anda boleh tambahkan telur dan daging lebih banyak dalam resepi ni jika nak makan lebih sedap lagi. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Roti John Cheese Meleleh Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5