Resepi Roti Sarang Lebah Paling Sedap dan Mudah

Resepi Roti Sarang Lebah – Dah lama saya tidak buat roti sarang lebah. Roti ni sangat popular sekarang dan menjadi viral di kalangan peminat masakan. Saya mendapatkan resepi ni dari rakan saya yang share di FB. Tapi tak pasti darimana asalnya. Roti sarang lebah memang sangat sedap dan lembuk, ada rasa lemak juga dari hirisan badan dan kekacang lain. Apalagi kalau anda menambahkan sos butterscotch dalam membuatnya, garenti lebih sedap.

resepi roti sarang lebah

Ada dua kaedah yang tersedia untuk membuat roti sarang lebah. Yang akan saya kongsikan hari ini adalah resepi roti sarang lebah yang diuli menggunakan kudrat tangan kerana tak semua orang ada bread maker. Saya memilih untuk menggunakan sos karamel. Saya sebenarnya tak suka sangat apa-apa yang basah. Tapi melihat apa-apa kalau dah gunakan sos karamel mesti sedap. Anak-anak dan suami pun suka. Semua kata ini resepi roti terbaik. Jom layan cara buat roti sarang lebah yang saya gunakan hari ini.

Resepi Roti Sarang Lebah

Bahan-bahan:

  • 300 gm tepung roti
  • 200 gm tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar plain yogurt
  • 1 biji telur
  • 40 gm gula
  • 40 gm butter
  • 6 gm yis
  • 250 ml susu segar
  • Bahan sos karamel:
  • 1/2 cawan gula perang
  • 1/2 cawan krim
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 sudu besar butter
  • secubit garam
Sila baca juga :  Resepi Puding Roti Bakar Paling Sedap dan Mudah

Cara buat roti sarang lebah:

  1. Masukkan semua bahan doh dalam bekas adunan dan uli hingga tak melekat di tangan.
  2. Letakkan doh dalam plastik bersih. Ramas-ramas selama 8-10 minit.
  3. Keluarkan doh dan uli semula dalam bekas adunan untuk mendapatkan doh yang lembut dan elastik.
  4. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap.
  5. Letakkan doh di tempat yang agak hangat sedikit. Biarkan doh naik dua kali ganda lebih kurang 40-60 minit.
  6. Lepas tu, tumbuk doh untuk mengeluarkan angin.
  7. Bahagikan doh menjadi beberapa bahagian kecil (40 gm setiap satu bulatan).
  8. Susun doh di atas loyang yang telah di gris butter hingga habis.
  9. Tutup atas loyang dengan kain dan perap semula.
  10. Biarkan doh naik dua kali ganda selama lebih kurang 40 minit.
  11. Campurkan 1 biji telur dan 1 sudu besar susu segar. Kocok sebentar.
  12. Glis permukaan bun dengan bancuhan telur tadi.
  13. Taburkan kuaci hijau, kuaci putih, badam atau bijan hitam di atasnya.
  14. Sapukan sekali lagi permukaan bun dengan bancuhan telur supaya semua bahan topping melekat.
  15. Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit hingga semua permukaan bun perang.
  16. Bila dah masak, angkat bun dan glis permukaan bun semula dengan butter supaya berkilat.
Sila baca juga :  Resepi Roti Jala Lembut, Mudah dan Paling Sedap

Cara buat sos karamel:

  1. Cairkan butter dan masukkan gula. Masak hingga gula mencair.
  2. Tuangkan krim, garam dan vanilla. Kacau hingga rata.
  3. Bila sos agak pekat, tuangkan susu cair.

Resepi roti sarang lebah sos karamel paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Letakkan bun di atas pinggan hidang sebelum di curahkan sos karamel. Kalau dah nak tuang sos karamel, jangan tuang semua agak-agak ia licin. Nak cuba roti lain, anda boleh baca resepi roti sosej gulung. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Roti Sarang Lebah Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5