Resepi Roti Sosej Gulung Lembut dan Mudah

Resepi Roti Sosej – Akhir-akhir ini saya dapati bahawa membuat kek dan roti merupakan minat baru saya. Kalau ada masa di dapur, boleh tiap hari saya nak buat macam-macam versi kek dan roti. Tinggal sanggup tak menguli je. Maklum lah kerana saya meroti dengan hand made.

resepi roti sosej

Pada masa mula membuat resepi roti sosej ni langsung berhasil pula. Memang mudah je bahan yang digunakan, di tambah lagi sukat dengan cawan. Sudah lama memang saya tak mencuba semula roti sosej ni kerana belum teringin nak buat. Akhir minggu ni lah terjumpa bun lembut dan idamkan roti sosej untuk bekalan anak sekolah. Keesokan hari saya pun ke kedai bakery membeli semua bahan yang diperlukan dalam resepi. Jom tengok cara buat roti sosej gulung lembut dan mudah.

Resepi Roti Sosej

Bahan-bahan:

  • 500 gm tepung roti @ tepung gandum @ tepung high protein (4 cawan)
  • 3/4 cawan gula kastor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu besar shortening
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 peket mauripan
  • sedikit cheddar cheese
  • sedikit bijan dan gula
Sila baca juga :  Resepi Makaroni Bakar Paling Sedap dan Mudah

Cara buat roti sosej gulung:

  1. Campurkan susu pekat manis, telur, yis dan air. Jadikan 300 ml semua sekali. Ketepikan.
  2. Ambil sebiji kuning telur dan campurkan 1 sudu susu cair.
  3. Masukkan tepung, susu tepung dan gula ke dalam satu mangkuk besar.
  4. Masukkan adunan susu pada langkah pertama tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan marjerin dan shortening. Uli hingga adunan lembut, licin dan elastik.
  6. Perap doh hingga naik sekali ganda (lebih kurang 1 – 1 1/2 jam).
  7. Bila adunan dah naik, uli dan tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin.
  8. Buat doh-doh kecil saiz 50 gm. Susun di atas loyang yang telah di oles marjerin.
  9. Perap doh lagi 1/2 jam hingga doh besar ganda.
  10. Sapukan bancuhan kuning telur ke atas setiap doh.
  11. Gulung sosej dengan doh tadi.
  12. Taburkan sedikit bijan, gula dan cheddar cheese.
  13. Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah selama 20 minit hingga masak (api atas bawah).
  14. Keluarkan roti dari oven dan sapu dengan marjerin untuk mengelakkan bun menjadi kering.
Sila baca juga :  Resepi Apam Balik Nipis, Rangup dan Sedap

Resepi roti sosej gulung lembut dan mudah dah saya kongsikan. Sila buatkan untuk bekalan keluarga anda. Kalau nak buat roti sosej comel, sosej boleh di bahagi kepada dua bahagian. Pasti senang anak-anak nak ngap. Kita pun tidak payah gulung doh panjang-panjang. Kaedah lain boleh menggunakan Bread Machine macam biasa buat doh. Sila baca juga resepi roti lasagna. Satu lagi, pastikan oven dah panas dengan suhu 150 darjah tempoh 15 minit sebelum masukkan roti sosej. Bun akan masak dengan warna cantik, lembut dan gebu. Selamat mencuba.

loading...
Resepi Roti Sosej Gulung Lembut dan Mudah | myresepi | 4.5