Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sandwich Telur – Sandwich telur yang akan saya kongsikan hari ni garenti sedap, mudah dan ringkas. Sandwich ni sesuai untuk sarapan pagi dan menjadi bekalan anak dan suami ke tempat kerja. Sekarang ni makan kat luar agak mahal, jadi mesti pandai-pandai. Lebih afdal memang kita sediakan bekalan kerana boleh jimat sedikit wang belanja, makanan yang dibuat sendiri garenti lebih sihat dan sesuai dengan menu diet atau yang mementingkan kesihatan tubuh.

resepi sandwich telur

Dalam membuat resepi sandwich telur, anda boleh menyediakan intinya di masa awal. Bahan dalam resepi ni seperti sayuran di potong jika nak buat je, sebab boleh lebih segar dan rangup masa di makan. Cara membuat sandwich telur ni sama je macam buat sandwich lain, cuma bahannya lebih mudah dan ringkas. Anda yang tak suka sayur dan tomato tak perlu menyediakan capsicum. Tapi kerana anak-anak suka sayur, oleh itu saya letakkan banyak sayur. Jom kita tengok cara membuat sandwich sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Telur Bungkus Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sandwich Telur

Bahan-bahan:

  • 2 buku roti wholemeal
  • 3-4 biji telur – di rebus
  • kepingan chesdale
  • iceberg lettuce – di hiris (boleh guna salad/green coral/red coral)
  • 1 biji bawang Holland – di potong dadu kecil
  • 4 biji cili padi – di cincang halus
  • 2 biji tomato – di hiris nipis
  • 1 batang Japanese Cucumber – di hiris nipis (boleh guna timun)
  • sedikit marjerin

Bahan sos:

  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar coleslaw (opsyenal)
  • 1 sudu teh lemon jus
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • 1/2 sudu teh garam halus

Cara buat sandwich telur:

  1. Telur yang sudah di rebus di lenyek kasar dengan garfu.
  2. Masukkan cili padi yang telah di cincang halus.
  3. Masukkan bawang Holland, lada hitam, Coleslaw, mayonis dan jus lemon.
  4. Gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam peti ais.
  5. Ambil sebasang roti wholemeal, sapukan dengan marjerin di atas setiap keping roti.
  6. Letakkan 1 keping cheesedale, sayuran, tomato, lettuce, dan hirisan timun.
  7. Lepas tu, letakkan adunan telur tadi. Ratakan.
  8. Campakkan sedikit lada hitam.
  9. Kepitkan dengan sekeping roti lagi yang sudah di sapu marjerin.
  10. Tekan permukaan roti biar ia serap dan padat.
  11. Potong bahagian tepi roti yang keras.
  12. Potong sandwich menjadi 2-4 kepingan segitiga.
Sila baca juga :  Resepi Roti John Cheese Meleleh Sedap dan Mudah

Resepi sandwich telur paling sedap dan mudah ni boleh anda cuba sendiri di rumah. Mudah je kan cara buat sandwich telurnya? Jika anda tak ada roti wholemeal, boleh guna roti biasa. Tapi pastikan roti yang anda gunakan sedikit keras kerana roti yang terlalu lembut tak sesuai buat sandwich. Cuba juga resepi bebola ayam cheese. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi sandwich telur
Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5