Resepi Sup Tulang Paling Sedap dan Mudah

Resepi Sup Tulang – Dengar namanya je kita sudah pasti meleleh air liur. Hirup sup hangat memang menjadi makanan paling sesuai dan sedap di makan pada masa malam hari yang dingin. Hari ni saya nak kongsi satu resepi sup tulang yang paling sedap dan mudah buatnya. Mungkin ramai orang yang berkata hanya buat sup sahaja apa yang spesial? Bila belum cuba memang belum tahu betapa sedapnya, tapi bila sudah rasa, nak bahagi kepada anak je tak nak.

resepi sup tulang

Resepi sup tulang ni adalah perkongsian dari salah satu Chef di Malaysia. Resepi ni memang sudah terbukti kesedapannya dan masaknya pun mudah. Cuma bahannya je yang kita perlu banyak sediakan. Memang sedap bila makan sup dengan nasi putih panas atau dicicah dengan roti. Sama je sedapnya buat resepi daging masak kicap. Kalau nak makan ramai-ramai lebih sedap.

Resepi Sup Tulang

Bahan-bahan:

  • 1 kg tulang lembu – di rebus hingga empuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 batang lobak merah – di potong dadu
  • 1 batang celery – di hiris
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 biji kentang – di potong dadu
  • 1 biji tomato – di potong dadu
  • 3-4 biji cili padi – di hiris
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar – di hiris
  • 1 pakej kecil rempah sup (2 sudu besar)
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • daun sup dan daun bawang – di hiris
  • air rebusan tulang secukupnya
  • bawang goreng – di tabur
  • garam secukup rasa
Sila baca juga :  Resepi Daging Masak Hitam Paling Sedap dan Mudah

Bahan kisar:

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang celery
  • 1 batang leek
  • 1 batan karot
  • 1/2 batang lobak merah

Bahan sambal kicap:

  • 15 biji cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu kecil cuka makan

Cara masak sup tulang:

  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. Ketepikan.
  2. Kisar karot, celery dan leek dalam mangkuk lain.
  3. Panaskan minyak sapi dan minyak masak dalam periuk.
  4. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih, dan bawang besar yang telah di hiris hinggaharum dan garing.
  5. Masukkan bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah di kisar. Tumis hingga garing dan terbit minyak.
  6. Masukkan lobak merah, celery dan leek yang telah di kisar. Tumis hingga garing.
  7. Masukkan rempah sup. Tumis lagi hingga rempah garing.
  8. Bila semua sudah garing, masukkan tulang dan air rebusan tulang. Kacau sekejap dan biarkan merenih.
  9. Masukkan lada sulah, garam, kentang dan lobak. Masak hingga kentang empuk.
  10. Masukkan juga cili padi, daun sup, batang celery dan bawang goreng.
  11. Kacau sebentar dan tutup api.
  12. Akhir sekali, satukan semua bahan sambal kicap dan kisar.
Sila baca juga :  Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Paling Sedap

Resepi sup tulang paling sedap dan mudah sudah sedia dihidangkan kepada keluarga anda. Garenti pasti suka. Jika anda gunakan tulang yang tak di rebus di awal, perlu masa lebih lama untuk proses memasaknya kerana nak tunggu tulang hingga empuk. Pada masa merebus, tulang akan mengeluarkan minyak, buih dan kotoran. Buang semua dengan sudu. Selamat mencuba resepi ni dan semoga berjaya.

 

loading...
Resepi Sup Tulang Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5