Resepi Tart Telur Paling Sedap dan Mudah

Resepi Tart Telur – Kali ini saya nak buat tart telur yang ramai permintaan dari rakan-rakan di FB. Sebenarnya sangat ramai permintaan yang diterima untuk kongsi resepi paling best, sedap dan mudah buatnya. Tapi banyak sangat yang masih tak dapat dikongsikan kepada rakan-rakan semua.

resepi tart telur

Resepi tart telur ni saya ambil dari salah satu buku masakan. Jika tengok bahan-bahan yang digunakan memang tart telur sukatan cawan ni tak susah buatnya kerana bahan yang digunakan ada di dapur. Tart telur ni sangat sesuai untuk penggemar tart atau yang nak cuba buat sendiri di rumah. Sebelumnya saya telah kongsi resepi sandwich telur. Saya tengok masih ramai yang pusing bagaimana cara letak adunan dalam acuan tart. Oleh itu, jom kita tengok cara buat tart telur paling sedap dan mudah di sini.

Resepi Tart Telur

Bahan tart telur:

  • 1 tin susu cair F&N
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 4 biji telur grade A
  • 1 cawan air suam
  • 1/3 cawan gula pasir
  • sedikit pewarna kuning
Sila baca juga :  Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah

Bahan kulit tart telur:

  • 170 gm marjerin atau butter
  • 50 gm gula aising
  • 290 gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 biji telur grade C
  • acuan tart

Cara buat kulit tart telur:

  1. Pukul marjerin dan gula menggunakan sudu kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan sudu kayu.
  3. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
  4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Atur kuantiti tepung sesuai kelembutan doh.
  5. Ambil sedikit adunan sebesarĀ guli dan tekan ke dalam acuan tart.
  6. Tekan dari tengah ke tepiĀ biar adunan agak nipis sebab bila di bakar nanti dia akan kembang dan tebal sikit.
  7. Potong lebihan doh yang terdapat pada permukaan acuan.
  8. Tekan dengan jari supaya permukaan adunan rata dan kemas.
  9. Cucuk dengan garfu atau lidi pada dasar doh sebelum di bakar.
  10. Bakar kulit tart menggunakan oven dengan suhu 170 darjah selama 20-25 minit hingga ia 3/4 masak.
  11. Angkat dan sejukkan sebelum meletakkan filling tart telur.
Sila baca juga :  Resepi Telur Bistik Paling Sedap dan Mudah

Cara buat tart telur:

  1. Kacau gula dan air suam hingga gula larut.
  2. Jika gula dah larut dan air telah sejuk, masukkan susu cair, esen vanilla, telur dan pewarna kuning. Kacau hingga rata.
  3. Tuang adunan ke dalam kulit tart yang telah di bakar terlebih dahulu.
  4. Bakar semula menggunakan oven dengan suhu 180 darjah selama 20 minit.

Resepi tart telur paling sedap dan mudah telah siap disediakan kepada rakan-rakan atau keluarga anda. Kalau suka manis, anda boleh tambah gula pasir dalam resepi di atas. Selepas masak kulit tart, biarkan ia sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais supaya tart rangup. Tart akan melekat sikit sebab telur tumpah pada masa proses pembakaran. Cungkil dengan pisau atau garfu jika tart melekat.

loading...
Resepi Tart Telur Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5