Resepi Telur Bistik Paling Sedap dan Mudah

Resepi Telur Bistik – Masa buka fb terpandang pula ada rakan yang kongsi telur bistik. Bistik telur memang menjadi makanan kegemaran untuk mereka yang bujang, sebab buatnya sangat ringkas dan mudah, tetapi rasanya sedap. Sesuai untuk anda menjamu diri sendiri atau kepada rakan-rakan di rumah.

resepi telur bistik

Resepi telur bistik ni sangat sesuai untuk anda yang pusing nak masak apa hari ini dan jemu masak ayam atau ikan. Yang akan kita masak bukan telur goreng biasa, ada spesial sedikit dalam resepi ni. Telur bistik boleh menjadi sarapan anda bila terlewat bangun pagi. Jom kita tengok cara buat telur bistik paling sedap dan mudah.

Resepi Telur Bistik

Bahan-bahan:

Sila baca juga :  Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah
  • 3 biji telur grade A
  • ayam atau daging – di cincang dadu
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang kecil
  • 1/2 biji tomato – di potong dadu
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • frozen mixed vegetables
  • sedikit lada hitam
  • sedikit gula dan garam secukup rasa

Cara buat telur bistik:

  1. Masukkan telur, ayam atau daging, dan tomato ke dalam satu mangkuk. Kacau hingga berbuih.
  2. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Goreng telur dengan minyak panas. Perlahankan api dan tutup kuali selama 1 minit.
  4. Pusingkan telur dan tutup semula dengan penutup periuk. Biarkan selama 1 minit. Lepas tu padamkan api.
  5. Dalam kuali lain, tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  6. Masukkan soso tomato, sos cili, sos tiram, dan sayur-sayuran.
  7. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Ejas hingga dapat rasa seimbang.
  8. Tuangkan kuah di atas telur yang telah di goreng tadi.
Sila baca juga :  Resepi Telur Bungkus Paling Sedap dan Mudah

Resepi telur bistik paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan untuk sarapan anda. Hidangkan ia semasa panas. Telur bistik ni senang di buat dan rasanya sedap walau hanya dengan nasi putih je. Sebenarnya ramai yang telah kongsi cara buat telur bistik lain, berbeza style je. Bila nak cuba masakan telur lain untuk sarapan, sila baca resepi sandwich telur. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Telur Bistik Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5