Resepi Telur Bungkus Paling Sedap dan Mudah

Resepi Telur Bungkus – Masakan telur menjadi hidangan tempahan utama yang paling banyak di masak di rumah. Telur adalah bahan yang paling mudah dijumpai. Masakan yang sedap tidak mesti menggunakan bahan yang mahal, cukup telur je dah cukup. Telur boleh disajikan dalam pelbagai cara masak secara langsung seperti mata lembu. Tetapi apabila bosan dengan hidangan telur yang itu sahaja, anda boleh cuba resepi telur bungkus.

resepi telur bungkus

Resepi telur bungkus masih berkaitan dengan resepi telur bistik yang menjadi makanan untuk orang bujang. Telur bungkus sangat sesuai untuk anda yang nak cuba memasak telur dengan cara berbeza, lazat tetapi mudah buatnya. Anda boleh gunakan ayam, daging kisara atau daging burger untuk membuatnya. Saya lebih suka gunakan ayam kerana lebih sedap dan anak-anak pun lebih gemar makan ayam. Jom kita tengok bagaimana cara buat telur bungkus inti ayam paling sedap dan mudah.

Sila baca juga :  Resepi Sandwich Telur Paling Sedap dan Mudah

Resepi Telur Bungkus

Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar isi ayam – di potong kecil, gaul dengan garam dan kunyit
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 1/2 sudu cili kisar
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil sos ikan
  • bunga kobis
  • garam dan gula secukup rasa

Cara buat telur bungkus:

  1. Goreng ayam menggunakan sikit minyak hingga keperangan.
  2. Masukkan bawang, cili kisar, dan tomato.
  3. Masukkan bunga kobis, sos ikan dan sos cili. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan garam dan gula. Kacau sikit dan biarkan hingga kuah pekat.
  5. Tutup api dan ketepikan.
  6. Pecahkan 2 biji telur, campakkan sedikit garam dan kacau dengan garfu.
  7. Tuangkan telur dalam kuali panas dari tepi (tuang ikut bulatan).
  8. Cepat-cepat angkat dan golekkan kuali agar telur nipis dan rata.
  9. Perlahankan api dan masukkan isi ayam.
  10. Lipat penjuru telur dadar hingga menutupi isi telur bungkus.
  11. Tekapkan pinggan di atas kuali. Terbalikkan kuali hingga telur di atas pinggan.
Sila baca juga :  Resepi Telur Bistik Paling Sedap dan Mudah

Resepi telur bungkus paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada anak dan suami anda. Telur bungkus ni sangat mudah buatnya, tidak perlu banyak bahan untuk membuatnya. Lebih sedap resepi ni bila campakkan sedikit lada sulah di atasnya. Kalau tak nak rasa ayam, boleh gunakan daging burger. Lagi sedap juga. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Telur Bungkus Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5