Resepi Asam Pedas Ayam Pekat

Resepi Asam Pedas Ayam yang saya nak kongsikan ini memang paling sedap dan mudah buatnya. Teringat dulu emak masak seperiuk besar asam pedas ayam untuk dicicah dengan roti. Bila dah makan, saya boleh nambah berpinggan-pinggan. Masa tu saya belum tahu cara masaknya. Kini selepas bekerja, saya biasa memasaknya.

resepi asam pedas ayam

Anak saya semalam teringin nak makan asam pedas ayam. Pikir pun dah lama saya tidak memasaknya. Resepi asam pedas ayam boleh anda tukar dengan ikan. Sila baca juga resepi ikan kembung asam pedas. Berdasarkan orang-orang yang telah mencuba sendiri, ia sangat sedap rasanya. Bangun pagi-pagi saya dah ke dapur untuk menyediakan semua bahan-bahan. Boleh lah untuk cicah asam pedas ni dengan roti. Jom kita tengok cara masak asam pedas ayam pekat.

Baca juga :  Resepi Ayam Percik Kelantan Original

Resepi Asam Pedas Ayam

Bahan-bahan masak asam pedas ayam

  • 1 ekor ayam – dipotong kecil
  • 1 batang serai – dititik
  • 1 kuntum bunga kantan – dibelah 5
  • 1 cawan air asam jawa (50 gm asam jawa + 1 cawan air)
  • 3 cawan air
  • daun kesum
  • garam secukup rasa
  • sedikit lada hitam – ditumbuk kasar
  • minyak untuk menumis

Bahan kisar kuah asam pedas ayam

  • 35 tangkai cili kering – digunting, rendam dan toskan
  • 7 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inc halia
  • 1 inc kunyit
  • belacan sebesar ibu jari

Cara masak asam pedas ayam

  1. Tumis cili kering, bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, belacan dan serai. Masak hingga garing.
  2. Masukkan ayam, bunga kantan, dan daun kesum. Gaul hingga sebati.
  3. Tutup kuali hingga ayam agak mengecut.
  4. Masukkan air asam jawa dan gaul hingga sebati.
  5. Masukkan garam dan lada secukup rasa. Gaul hingga sebati.
  6. Tambahkan air secukupnya dan tutup kuali. Biarkan hingga ayam empuk dan mendapatkan kepekatan kuah asam pedas yang sesuai.
Baca juga :  Resepi Ayam Goreng Kunyit Rangup dan Paling Sedap

Resepi asam pedas ayam pekat dah siap anda hidangkan kepada keluarga anda. Hidangkan bersama nasi putih atau diciah sahaja dengan roti. Kuah biasanya lebih pekat dan lebih berminyak berbanding asam pedas ikan. Minyak yang turun biasanya dari ayam yang dimasak. Bila tidak suka berminyak, buang minyak tersebut terlebih dahulu sebelum dihidangkan. Kalau anda lebih suka resepi masakan pedas, boleh tambah sedikit lada hitam.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • resepi asam pedas ayam pekat
Resepi Asam Pedas Ayam Pekat | myresepi | 4.5