Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri – Masakan ayam masak merah memang menjadi resepi turun temurun yang digunakan tukang masak bagi majlis kenduri kawin. Resepi ayam masak merah ini terbukti sedap kerana diambil dari seorang tukang masak majlis kenduri kawin tersohor di kampungnya. Bahan-bahan yang digunakan pun simple.

resepi ayam masak merah kenduri

Dah lama sebenarnya saya tidak cuba resepi ayam masak merah kenduri ini. Belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk cuba sendiri sehingga hari ini lah baru cuba. Masakan ayam ini boleh menjadi masakan ayam utama di masa hadapan. Anda pasti seronok melihat anak dan suami anda menambah dan meratah ayam yang dihidangkan walaupun tidak tersedia nasi. Saya sendiri sudah menyediakan nasi tomato tetapi semua makan ratah ayam merah tu. Tidak memikirkan hidangan petang lagi. Jika anda nak tahu bagaimana rasanya, jom kita tengok resepi ayam masak merah kenduri simple dan sedap. Sila cuba memasak sendiri di rumah. Atau nak cuba rasa lain, sila baca resepi ayam masak merah yang telah saya kongsi sebelumnya. Pasti terpikat dengan rasanya yang pekat.

Baca juga :  Resepi Ayam Lemon Simple

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri

Bahan-bahan ayam masak merah kenduri

  • 1 ekor ayam
  • 1 labu bawang besar
  • 2 sudu makan sos tomato
  • minyak masak secukupnya
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar

  • 15 tangkai cili kering
  • 2 inc halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 2 batang serai
  • 4 biji tomato

Cara masak ayam masak merah kenduri

  1. Potong ayam kecil-kecil dan cuci bersih.
  2. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
  3. Goreng ayam hingga masak.
  4. Angkat dan ketepikan.
  5. Kisar cili kering, halia, bawang putih, dan bawang besar.
  6. Titik batang serai dan potong bagi tomato.
  7. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis semua bahan kisar hingga garing dan harum.
  8. Masukkan ayam, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
  9. Gaul hingga sebati.
Baca juga :  Resepi Ayam Masak Madu Paling Sedap dan Mudah

Resepi ayam masak merah kenduri dah siap dihidangkan kepada rakan-rakan atau tetamu majlis. Anda boleh menghidangkan resepi ini bersama nasi tomato atau nasi lain yang sesuai. Boleh juga gandingkan dengan lauk lain seperti gulai kambing dan acar timun. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...

Carian di atas berkaitan dengan

  • ayam masak merah kenduri
Resepi Ayam Masak Merah Kenduri | myresepi | 4.5