Resepi Lontong Paling Sedap dan Mudah

Resepi Lontong selalu menjadi hidangan sarapan pagi atau hidangan di hari raya. Ada yang mengatakan bahawa lontong dan kuah lodeh tidak patut dihidangkan di hari raya, tapi ikut selera masing-masing je yang mungkin berbeza tempat beza resepi. Lontong memang makanan kegemaran saya dan anak-anak kerana ada banyak sayurang yang digunakan di dalam kuah. Apalagi dimasak bersama udang segar dan sambal sotong / sambal ikan bilis yang pedas dan berlemak.

resepi lontong kuah lodeh

Di bulan lain, saya memasak lontong untuk dimakan bersama nasi impit dan kuah kacang. Bukan senang bila hati meronta-ronta nak makan lontong tapi cari kedai yang jual kat rumah. Oleh itu, saya membuatnya sendiri di rumah. Tak payah nunggu hari raya pun. Resepi lontong kuah lodeh lebih sedap bila kuah pekat. Jom kita tengok cara buat lontong kuah lodeh paling sedap dan mudah.

Resepi Lontong

Bahan-bahan

  • 1 ikat soo hoon – direndam dan potong kecil
  • 1 cawan udang hidup – dibuang kulit
  • 1/4 biji kubis
  • 1/4 biji sengkuang – dipotong panjang
  • 2 batang cili merah – dihiris
  • 2 batang serai – diketuk
  • 1 batang karot – dipotong panjang
  • 6 batang kacang panjang
  • 2 biji terung panjang
  • 1 biji kentang – dipotong 8
  • 2 keping fucuk – direndam dan potong kecil
  • 1 keping tempe – dipotong dadu besar dan goreng
  • 2 keping tauhu – dipotong kecil dan goreng
  • 2 santan kotak
  • Garam secukup rasa

Bahan kisar

  • 8 ulas bawang merah
  • 1 inci kunyit hidup
  • 2 sudu besar udang kering – direndam dan tos

Cara masak lontong

  1. Masukkan bawang merah, kunyit hidup dan udang kering bersama santan cair dan serai hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan sayur jenis keras hingga sayur lembut.
  3. Masukkan santan pekat, tauhu kering, cili merah.
  4. Perasakan dengan garam secukup rasa. Sesuaikan rasa dan kepekatan.

Resepi lontong kuah lodeh sayur paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga. Hidangkan juga lontong bersama nasi impit, telur rebus, kuah kacang atau sambal tumis ikan bilis. Dicangkan untuk menggunakan kunyit hidup sebagai bahan utama kerana rasa dan aromanya menambahkan kesedapan kuah lodeh. Untuk bahan tambahan supaya lebih sedap saya taburkan tempe goreng dan ikan bilis goreng.

loading...
Resepi Lontong Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5