Resepi Mee Kari Ayam Spesial dan Simple

Resepi Mee Kari Ayam – Mee kari menjadi satu menu masakan paling kerap dimasak sepanjang tahun ini. Hampir setiap bulan saya ada pernah memasak mee kari untuk keluarga. Menyediakan mee kari ini tidak lah susah sangat. Dahulu saya belum pandai masak mee kari, tapi setelah banyak kali cuba, sekarang main campak-campak je pun dah sedap.

resepi mee kari ayam

Resepi mee kari ayam ni boleh anda buat bila masa anda tidak mempunyai idea nak masak apa petang nanti. Bagi saya membuat mee kari ayam menjadi sangat menarik kerana kombinasi seafood yang digunakan, iaitu udang dan kerang boleh menambah selera rasa. Bahan-bahan yang mesti disediakan pun tidak susah didapat tapi boleh dikatakan penyediaannya agak remeh kerana bahannya agak banyak.

Resepi Mee Kari Ayam

Bahan-bahan

  • 1 kg mee kuning
  • 1 kg kerang – direbus dan ambil isi
  • 500 gm ayam – dipotong kecil
  • 300 gm udang – dibuang kulit
  • 13 biji bebola ikan
  • 3 keping kek ikan (fish cake)
  • 2 keping asam gelugor
  • 4 sudu besar rempah kari ayam – dibancuh menjadi pes pekat
  • 1 biji kentang – direbus dan lecek halus
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 cawan santan cair
  • 2 cawan air rebusan udang

Bahan kisar halus

  • 2 sudu besar udang kering – rendam hingga lembut
  • 1 batang serai – hiris nipis
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering- rebus dan toskan
  • 6 biji bawang merah
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia

Bahan rempah tumis

  • 5 biji buah pelaga
  • 2 tangkal daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih

Bahan hiasan

  • 4 biji telur – dipotong 2 bahagian
  • 4 biji tauhu – digoreng dan dihiris
  • 2 tangkai sawi – dipotong dan rebus
  • limau kasturi – dipotong 2 bahagian
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili merah
  • taugeh
  • rebusan udang (opsyenal)

Cara masak mee kari ayam

  1. Celur mee kuning ke dalam air mendidih. Angkat dan toskan.
  2. Tumis buah pelaga, bunga lawang, cengkih, daun kari dan kayu manis hingga naik bau.
  3. Masukkan bawang putih, cili kering, bawang merah, lengkuas, halia, udang kering, batang serai yang telah dikisar halus dan pes rempah kari. Kacau hingga agak garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan kacau hingga separuh masak.
  5. Tuang santan cair dan air rebusan udang. Masak hingga kuah mendidih.
  6. Masukkan udang, kek ikan, kerang, kentang, asam gelugor, bebola ikan, dan santan pekat. Kacau semula hingga pecah minyak.
  7. Masukkan gula dan garam secukup rasa.

Resepi mee kari ayam spesial dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Akhir sekali, hidangkan mee bersama hiasan dan kuah secukupnya. Resepi ini boleh anda kreativiti sesuai tekak masing-masing. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Mee Kari Ayam Spesial dan Simple | myresepi | 4.5