Resepi Mee Rebus Paling Sedap dan Mudah

Resepi Mee Rebus – Saya tercari-cari mee rebus sejak seminggu lalu untuk hidangan keluarga yang akan berkunjung. Hari ini saya dah masuk ke dapur pagi-pagi untuk memasak hidangan petang sempena kunjungan keluarga. Tak sabar memang untuk bertemu mereka hingga tadi malam terbawa mimpi. Walaupun jauh di mata, namun mereka teramat dekat di hati sepanjang masa sampai bila-bila kerana dari kecil dah bersama-sama.

resepi mee rebus

Saya sebenarnya teragak juga memasak mee rebus kerana keluarga saya ada yang memang hebat masak mee. Takut tak menjadi pulak. Kunjungan mereka memang amat bermakna sebab ini kunjungan pertama mereka di rumah saya. Tapi kegusaran saya hilang bila tengok mereka makan mee rebus tanpa sebarang komen. Saya merasa puas kerana telah berjaya memasak mee rebus untuk keluarga yang amat dirindui. Mee rebus ni spesial kerana di makan bersama kerupuk udang yang rangup dan keriuk-keriuk. Tidak kalah rasanya dengan resepi laksa johor. Kalau anda nak buat juga, jom tengok resepi mee rebus paling sedap dan mudah yang telah saya buat.

Resepi Mee Rebus

Bahan-bahan:

  • 2 kg mee kuning – di rebus
  • 1/2 kg daging / tetel – di hiris
  • 3 ulas bawang putih – di kisar
  • 6 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 inc halia – di kisar
  • 1 inc lengkuas – di kisar
  • 3 batang serai – di ketuk perdunya
  • 4 biji keledek sederhana besar¬†(boleh guna kentang)
  • 1 cawan tauco
  • 1/2 cawan udang kering
  • 5 sudu makan rempah kari daging
  • 2 keping asam keping
  • sedikit cili kering
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
Sila baca juga :  Resepi Mee Goreng Basah Paling Sedap dan Mudah

Bahan kerupuk udang:

  • 1/2 cawan udang kering – di rendam dan di kisar
  • 1/2 cawan udang pepai
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • secubit garam

Cara masak mee rebus:

  1. Rebus dahulu daging / tetel hingga empuk. Air rebusan jangan dibuang.
  2. Tumis serai, lengkuas, bawang putih, bawang merah, serai dan halia dalam periuk hingga naik bau harum dan terbit minyak.
  3. Masukkan udang kering yang telah di kisar. Masak dan kacau hingga garing dan terbit minyak.
  4. Masukkan rempah kari. Goreng hingga garing. Kalau terlalu kering, tambahkan air (boleh guna air rebusan daging)
  5. Letakkan cili kering yang telah di kisar. Masak semula hingga cili betul-betul garing.
  6. Masukkan daging / tetel dan tambahkan air. Masak hingga mesra dan daging empuk.
  7. Bila dah empuk, masukkan tauco yang telah di kisar.
  8. Masukkan keledek yang telah di kisar.
  9. Bila dah siap, perasakan dengan asam keping, gula dan garam. Renihkan sekejap hingga kuah sedikit pekat.
  10. Akhir sekali, tuang kuah ke atas mee rebus.
Sila baca juga :  Resepi Mee Kari Spesial dan Paling Sedap

Cara buat kerupuk udang:

  1. Satukan udang kering, udang pepai, tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit dan garam dalam bekas. Gaul hingga tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  2. Masukkan sikit-sikit adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas supaya tidak kerupuk tidak menyerap banyak minyak.
  3. Bila dah garing, angkat dan toskan minyak.
  4. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas tertutup supaya senantiasa rangup.

Resepi mee rebus paling sedap dan mudah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Anda boleh tambahkan taugeh, tauhu yang di potong dadu, telur rebus, hirisan cili hijau dan cili merah, limau kasturi, hirisan daun bawang, bawang goreng, kicap manis, dan kerupuk udang bila dah nak makan. Semua bahan dalam resepi dah terhidang di depan mata. Rugi tidak cuba, sedap ni.

loading...
Resepi Mee Rebus Paling Sedap dan Mudah | myresepi | 4.5