Resepi Sup Ayam Thai Simple dan Sedap

Resepi Sup Ayam Thai – Jika memasak menu Thai, memang sinonim dengan rasa masakan yang pedas dan masam. Setiap kali makan kat restoran Thai, saya tetengok sup yang agak lain daripada yang saya pernah masak sebelumnya. Supnya berwarna agak putih dan sedikit keruh. Tertanya-tanya memang sup ini berbeza dari biasa. Ini sup ayam thai atau juga dipanggil sup siam.

resepi sup ayam thai

Ternyata selain tomyam, masakan yang terkenal bagi penggemar-penggemar rasa pedas adalah resepi sup ayam Thai. Sup Thai ini memang berbeza daripada biasa. Bila lebih suka yang biasa, sila baca resepi sup ayam yang telah saya kongsi sebelumnya. Bila di tengok, masak sup ayam Thai tidak perlu masukkan rempah sup bujut tapi guna satu per satu rempah asli dan serbuk tertentu. Itulah yang membuat ia memerlukan bahan-bahan yang banyak. Jom kita tengok cara buat sup ayam Thai paling sedap dan mudah.

Resepi Sup Ayam Thai

Bahan-bahan

  • 1/4 Ayam dipotong kecil
  • 1/2 bawang besar – di hiris
  • 2 ulas bawang merah – di kisar
  • 1 ulas bawang putih – di kisar
  • 1 inci halia – di kisar
  • 1 batang serai – di titik
  • 1 inci lengkuas – di titik
  • 3-4 biji cili padi -di potong
  • 1 biji tomato – di belah 4
  • 1 batang akar daun ketumbar – di basuh bersih
  • 1 batang saleri – di potong serong
  • Sedikit lobak merah – di hiris
  • Rempah tumis (bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, kayu manis)
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu besar serbuk jintan putih
  • Sedikit sos ikan
  • Garam dan serbuk perasa secukupnya
  • Air secukupnya

Cara masak sup ayam Thai

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan serai, rempah tumis, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, dan serbuk jintan putih hingga pecah minyak sedikit.
  3. Masukkan air secukupnya untuk kuah.
  4. Masukkan ayam dan biarkan air mendidih hingga ayam masak.
  5. Masukkan batang saleri, lobak merah dan akar ketumbar.
  6. Masukkan garam, serbuk perasa dan sos ikan hingga mengikut selera rasa.
  7. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato yang telah di potong.

Resepi sup ayam Thai simple dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Akhir sekali, hidangkan sup dengan taburan daun ketumbar dan daun bawang yang telah di hiris, bawang goreng dan perahan limau nipis. Selamat mencuba resepi di atas dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Sup Ayam Thai Simple dan Sedap | myresepi | 4.5