Resepi Ikan Goreng Tepung Rangup dan Sedap

Resepi Ikan Goreng Tepung – Hari ini teringin saya nak masak ikan goreng tepung. Sebenarnya sekeluarga suka makannya semula pada masa pergi ke Terengganu. Memang sedap makan di kedai tu, ditambah letaknya di tepi pantai. Sambil makan ikan sambil menikmati angin pantai. Terima kasih kepada anda yang telah menjadi pembaca setia┬ábeberapa tahun ini sehingga membantu kami semakin jaya. Semoga sahaja anda juga semakin berjaya masak untuk keluarga anda.

resepi ikan goreng celup tepung

Ikan goreng tepung memang memiliki rasa yang sedap dan rangup. Ia sudah sejukpun tetap rangup. Bahan-bahan yang digunakan ringkas sehingga anda tak perlu masa lebih di dapur untuk masak sahaja. Hari ini saya ditemani suami hendak memasak. Seronoknya ketika masa cuti boleh melakukan aktiviti bersama. Jom kita layan resepi ikan goreng tepung di bawah.

Resepi Ikan Goreng Tepung

Bahan-bahan

  • 6 ekor ikan kembong – bersihkan dan toskan
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan air
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng

Cara masak ikan goreng epung

  1. Masukan telur, serbuk kunyit, tepung gandum, air dan garam ke dalam suatu wadah. Gaul hingga rata.
  2. Bila adunan terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
  3. Panaskan minyak dalam kuali.
  4. Celupkan ikan kembong dalam adunan hingga terendam.
  5. Goreng ikan tai hingga garing dan berwarna keemasan.
  6. Angkat dan ketepikan.

Resepi ikan goreng tepung lebih sedap disajikan masa panas-panas. Bila anda nak buat lebih crunchy, boleh tambahkan tepung beras. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya membuatnya.

loading...
Resepi Ikan Goreng Tepung Rangup dan Sedap | myresepi | 4.5