Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Resepi Ikan Tongkol Masak Merah – Ikan tongkol memang selalu sedap di buat masak merah. Pagi tadi saya cuba memasak ikan tongkol masak merah yang menjadi menu kegemaran keluarga saya. Pertama kali saya masak ikan ni lepas balik kampung. Saudara saya memasak ikan tongkol untuk di makan bersama nasi lemak. Sedap sangat. Saya pun memang penggemar ikan tongkol.

resepi ikan tongkol masak merah

Isi ikan tongkol memang rasa lebih keras daripada ikan-ikan lain. Oleh itu biasa saya merebus dahulu sebelum dimasak. Tak perlu risau bila ikan jadi lembik kerana ia boleh lebih sedap jika agak lembik. Pendek kata apa yang saya masak hari ini bukan sahaja untuk sarapan, tetapi juga boleh untuk makan tengahari dan malam hari. Jom kita layan resepi ikan tongkol masak merah.

Resepi Ikan Tongkol Masak Merah

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tongkol – dibersihkan
  • 1 keping asam gelugor
  • 4 hiris lengkuas
  • 1/2 sudu garam
  • minyak untuk menggoreng
  • sedikit air untuk merebus

Bahan sambal

  • 1 ulas bawang besar – dihiris
  • 4 ulas bawang merah – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 4 sudu ciili giling – dikisar
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil asam jawa
  • 1 batang serai – dikisar
  • 1/2 inc halia – dikisar
  • 1 helai daun limau purut
  • sedikit serbuk perasa maggi
  • garam secukupnya

Cara masak ikan tongkol masak merah

  1. Rebus air dalam periuk hingga mendidih.
  2. Bila dah mendidih masukkan ikan, asam keping, garam dan lengkuas.
  3. Rebus hingga air agak kering. Ari rebusan jangan dibuang. Lepas tu matikan api.
  4. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara masak sambal tumis ikan tongkol

  1. Tumis semua bahan kisar hingga harum dan pecah minyak.
  2. Masukkan gula dan asam jawa. Kacau hingga sekata.
  3. Masukkan air rebusan ikan, garam dan serbuk perasa.
  4. Kacau hingga rata dan bumbu masuk ke dalam isi ikan tongkol.
  5. Padamkan api dan biarkan seketika.

Resepi ikan tongkol masak merah dah siap dihidangkan kepada keluarga anda. Mudah sangat masaknya. Ikan tongkol selalu sedap dimasak dengan cara apapun. Semoga anda berjaya membuatnya.

loading...
Resepi Ikan Tongkol Masak Merah | myresepi | 4.5