Resepi Kacang Pool Haji Sedap

Resepi Kacang Pool Haji – Semua umat Islam di seluruh dunia pasti merasa bahagia bila sambut Aidil Adha. Ada sebahagian orang yang merayakannya dengan pergi haji, tapi ramai orang yang merayakannya di rumah sahaja. Menu biasa yang dibuat sebagai makanan Aidil Adha biasanya ialah kacang pool. Saya sangat suka makan kacang pool pada masa balik. Saya pun cuba cari mana resepi paling sedap. Akhirnya ada rakan yang share cara buat kacang pool haji. Pada hari ini saya akan kongsikan resepi kacang pool haji paling sedap yang boleh anda buat di rumah.

resepi kacang pool haji

Biasanya kita dapat cuti 2 hari pada setiap Aidil Adha. Sebenarnya masa itu kita gunakan untuk rehatkan badan dan fikiran. Tapi bila anda lebih suka memasak, anda boleh sajikan kacang pool haji. Resepi kacang pool haji menjadi makanan yang sangat popular oleh masyarakat Johor dan Singapura. Masakan ini pada mulanya di bawa orang arab ke Malaysia dan lama-kelamaan ia menjadi satu himpunan resepi tradisi masyarakat Malaysia. Kacang pool mudah anda temui di kedai-kedai orang arab. Sekarang anda pun bukan orang arab boleh buat kacang pool haji sendiri di rumah.

Baca juga :  Resepi Pengat Pisang Nangka Paling Sedap dan Mudah

Resepi Kacang Pool Haji

Bahan-bahan

  • 300 gm daging lembu – dicincang
  • 1 tin kacang pool
  • 1 tin red beans
  • 1 tin kecil baked beans
  • 10 biji bawang merah – dikisar halus
  • 4 ulas bawang putih – dikisar halus
  • 1 inci halia – dikisar halus
  • 2 camca besar rempah kari daging baba’s
  • 2 camca besar minyak sapi
  • 1 camca teh lada hitam – ditumbuk halus
  • 1 camca besar serbuk ketumbar
  • gula dan garam secukupnya
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis

Bahan tambahan

  • roti naa / roti perancis / sebarang roti
  • cili hijau – dihiris
  • tomato – dipotong dadu
  • bawang bear – dipotong dadu kecil
  • limau kasturi – dibelah 2
  • minyak sapi – dipanaskan hingga cair

Cara buat kacang pool haji

  1. Cuci bersih daging dan toskan.
  2. Remas kacang pool hingga pecah tapi jangan sampai lumat.
  3. Satukan serbuk ketumbar, rempah kari dan 1/3 cawan air. Kacau hingga rata dan menjadi pes.
  4. Panaskan sedikit minyak dan masukkan minyak sapi. Biarkan sekejap.
  5. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  6. Masukkan pes rempah menggunakan api sederhana. Kacau senantiasa hingga rata dan naik minyak.
  7. Masukkan daging cincang dan masak selama 10 minit.
  8. Masukkan 1 liter air dan kacau hingga air mendidih.
  9. Masukkan baked bean, kacang pool dan kacang merah. Kacau senantiasa menggunakan api sederhana selama 12 minit.
  10. Akhir masukkan lada hitam tumbuk dan perasakan dengan gula dan garam. Kacau hingga rata.
Baca juga :  Resepi Bubur Kacang Hijau Paling Sedap dan Mudah

Resepi kacang pool haji sudah siap anda hidangkan untuk keluarga anda. Bila hendak menyajikan, anda cedok je secukupnya ke dalam mangkuk dan taburkan cili, hirisan bawang dan tomato. Letakkan juga sekeping telur. Tuang sedikit minyak sapi panas dan perahkan jus limau kasturi. Hidangkan bersama roti yang anda suka. Sila baca juga resepi bubur lambuk. Selamat mencuba dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Kacang Pool Haji Sedap | myresepi | 4.5