Resepi Kek Milo Bakar Sedap dan Mudah (3 Minit OK)

Resepi Kek Milo Bakar – Belum punya idea nak masak buka puasa nanti? Jika tak ada, boleh cuba buat kek milo yang akan saya kongikan hari ini. Cara buatnya memang simple, bahan-bahan untuk membuatnya pun mudah didapati. Menyediakan suatu hidangan masa ini memang bukan suatu yang sukar, berbeza daripada dahulu. Saya biasa menyiapkan kek milo hanya dalam 3 menit sahaja. Bila anda dah terbiasa untuk membuatnya, pasti cepat dan mudah.

resepi kek milo bakar

Saya di rumah memang mesti bijak dalam mengurus belanja dapur kerana semua bahan-bahan semakin mahal. Oleh itu, ramai orang yang lebih suka buat hidangan sendiri di rumah yang simple dan cepat. Sebenarnya saya nak buat kek span coklat, tetapi kehabisan serbuk bahan sehingga buat resepi kek milo je lah.

Resepi Kek Milo Bakar

Bahan-bahan

  • 4 sudu besar milo
  • 4 sudu besar susu segar
  • 4 sudu besar gula halus
  • 4 sudu besar tepung gandum
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 biji telur
  • 2-3 mug / ramekin
  • choc rice dan choc chip sebagai hiasan

Cara buat kek milo bakar

  1. Campurkan baking powder dan tepung gandum. Ayak hingga rata.
  2. Masukkan tepung milo, susu, baking powder, minyak jagung, gula halus, vanila, tepung dan telur dalam mangkuk pengadun. Kacau hingga rata.
  3. Tuangkan 1/2 bahagian mug / marekin, kerana bila di bakar adunan akan tumpah dan kembang.
  4. Campakkan hiasan choc rice dan choc chip.
  5. Masukkan kek dalam microwave selama 3 minit. Bila tak ada boleh gunakan oven selama 15 minit.
  6. Bakar lagi adunan kek milo yang lebihnya.

Resepi kek milo bakar yang saya kongsikan mudah je kan buatnya. Dah lah bahannya mudah, tak perlu mixer untuk mengadun, hanya gunakan sudu, masak pun tak perlukan oven, ganti je dengan microwave. Oleh itu cepat buatnya. Percaya tak saya boleh siapkan 2 mug kek milo hanya dalam masa 3 minit sahaja. Mesti tak percaya kan? Rasanya sedap dan lembut. Bila anda sejukkan ia akan keras sikit, lebih baik makan hangat-hangat. Anda boleh telakkan ganache coklat atau melty hershesy lagi, supaya meleleh-leleh ayak liur. Semoga resepi ini membuat keluarga anda menyukai hidangan yang anda buat dan semoga berjaya.

loading...
Resepi Kek Milo Bakar Sedap dan Mudah (3 Minit OK) | myresepi | 4.5