Resepi Tomyam Putih Paling Sedap dan Simple

Resepi Tomyam Putih – Tomyam masa sekarang menjadi makanan yang sangat popular di masyarakat Malaysia. Rasa kuah yang lazat dan daging ayam yang empuk┬ámembuat lidah nak terus memakannya. Ada pelbagai versi tomyam yang boleh dibuat kat rumah, macam resepi tomyam ayam, tomyam thai dan tomyam putih.

resepi tomyam putih

Hari ini saya akan kongsikan resepi tomyam putih. Sebenar saya hari ini sikit reti nak banyak bercerita, hanya saya suka bila dah buat langsung share disini. Saya masak ni mula-mula intai FB rakan saya yang bekerja sebagai chef. Ia share tomyam ayam yang nampak sedap dan senang buatnya. Bahan-bahan yang digunakan pun tak susah. Disini saya menggunakan daging ayam, bila anda tak suka guna ayam boleh ganti dengan udang. Jom kita layan resepi tomyam putih dibawah ini.

Resepi Tomyam Putih

Bahan-bahan

  • 1/2 ekor ayam saiz kecil – dicincang kasar
  • 2 biji tomato saiz besar – dipotong baji
  • 3 biji bawang besar – dipotong 8
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 5 batang serai – dititik
  • 1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
  • 1 1/2 inci lengkuas – diketuk
  • 1 genggam bunga kobis – dipotong
  • 1 genggam brokoli – dipotong
  • 5 helai daun limau purut – disiat
  • 2 paket cendawan tiram – disiat
  • 1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
  • 1 liter air rebusan ayam
  • cili padi (kuantiti ikut suka) – dititik
  • jus limau nipis semasam rasa
  • sedikit sotong basah
  • sedikit udang basah
  • sedikit daun ketumbar – dihiris
  • sedikit perasa
  • garam dan gula secukup rasa

Cara masak tomyam putih

  1. Panaskan air rebusan ayam dan rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan lengkuas.
  2. Apabila air sudah mendidih dan ayam sudah empuk, masukkan sotong dan udang.
  3. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.
  4. Masukkan bunga kobis, brokoli, lobak merah dan putik jagung.
  5. Apabila sayuran sudah agak layu, masukkan cendawan tiram dan tomato.
  6. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  7. Kacau seketika dan biarkan diatas api sekejap, padamkan api.

Resepi tomyam putih paling sedap dan simple dah siap dihidangkan kepada keluarga. Untuk mendapatkan kuah tomyam lebih, boleh anda campur air rebusan ayam dengan air biasa semasa memasak. Letakkan hirisan daun ketumbar diatasnya dan hidangkan semasa panas-panas.

loading...
Resepi Tomyam Putih Paling Sedap dan Simple | myresepi | 4.5